Nuffnang

Ahad, 28 April 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Produksi Ugut <b>Rita Rudaini</b> & Tuntut Ganti Rugi RM100,000 <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 06:07 PM PDT

Februari lalu Rita Rudaini telah menarik diri daripada meneruskan satu penggambaran dengan sebuah produksi baru yang di'dakwa beliau sebagai tidak professional dalam kerja.

Rita Rudaini hanya sempat berlakon selama empat hari daripada jadual penggambaran dan keputusan menarik diri beliau telah mengundang surat tuntutan ganti rugi daripada pihak produksi tersebut.

"Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain," ujar beliau yang turut mendakwa pelakon lain turut merasa perkara sama.

Aktress ini juga memaklumkan yang beliau ada pergi bersemuka dengan pihak produksi luahkan rasa tidak puas hati tetapi mereka enggan berubah malah membuat provokasi sehingga beliau berhenti berlakon.

"Alih alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000 & minta bayaran secepat mungkin"

Rita Rudaini mendakwa tuntutan itu sebagai tidak masuk akal kerana ianya melebihi jumlah 40% wang pendahuluan yang beliau terima sebelum mula berlakon & memang bercadang untuk memulangkan'nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan