Nuffnang

Selasa, 7 Mei 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Peminat <b>Adi Putra</b> Pertikai Keputusan ABPBH2012 | - Beautifulnara

Posted: 14 Apr 2013 06:54 AM PDT


Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.

abpbh2012

Menurut info yang diberikan oleh peminat Adi Putra yang bergelar 1HotLovers, jumlah undian yang dihantar oleh mereka melebih 42,000. Namun begitu, di dalam BiPop hari ini, jumlah undian untuk Adi Putra dimaklumkan hanya sekitar 24,000. Ini menyebabkan peminat-peminat Adi Putra mempersoalkan cara pengiraan undi dilakukan.

adi putra

Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.

adi putra

Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra. Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

UPDATE: Peminat Adi Putra memaklumkan yang mereka mempertikaikan pengiraan undi terhadap Adi Putra dan bukannya keputusan yang telah diumumkan. Ini kerana jumlah undi yang diumumkan adalah tidak sama dengan apa yang telah mereka hantar.

Baca Yang Ini Pulak:-


Lebih Baik Demand Daripada Mencuri – <b>Adi Putra</b> | - Beautifulnara

Posted: 02 Apr 2013 09:44 PM PDT


Semenjak dua menjak ini, ada gosip yang berterbangan menyatakan Adi Putra semakin "demand". Dikatakan yang Adi Putra meletakkan bayaran tinggi  dan mempersoalkan apa manfaat yang akan diperolehi sekiranya untuk menjadi tetamu di dalam sebuah program hiburan.

adi putra

Menerangkan gosip ini, Adi Putra berkata kepada MalaysianDigest:-

Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak. Saya bukanlah meminta sesuatu harga yang sebegitu atau sebegini bagi tujuan dipromosikan… Bagi saya, kalau sesorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam. Bagi saya, terpulang kepada perspektif orang

adi putra

Abang Nara suka dengan falsafah Adi Putra mengenai "demand" ini. Menarik jugak sebenarnya.

Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri. Jadi terpulang pada anda, samada mahu memilih nak demand atau mencuri. Saya tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan. Tapi kalau terlihat satu keburukan dari diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.

Bagi Abang Nara, biasalah kalau tengah popular kenalah "demand" sikit. Sesuai lah dengan status diri. Lagipun Adi Putra bukan orang baru di dalam dunia hiburan. Memang popular kot. Tak salah nak "demand" asalkan tidak berlebihan. Tak ke gitu?

P.S: Ilusi sekeping coklat yang menarik

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Adi Putra</b> Enggan Dicalonkan Lagi Untuk ABPBH | - Beautifulnara

Posted: 15 Apr 2013 08:50 PM PDT


Susulan keluhan peminat Adi Putra yang mempertikaikan jumlah undian yang diterima oleh pelakon ini di ABPBH2012, empunya badan telah memaklumkan yang dia enggan lagi dicalonkan di dalam ABPBH untuk menjaga hati peminatnya.

adi putra

Berkata kepada portal GUA, Adi Putra memberitahu langkah ini diambil untuk mengurangkan pertikaian akibat pengiraan undi. Kata Adi Putra:-

Saya tidak ada apa-apa komen kerana itu merupakan keputusan yang telah saya buat. Dapat dilihat di Twitter ramai yang mempertikaikan jumlah undian ABPBH 2012 dan saya mengambil pendekatan ini untuk mengurangkan pertikaian

adi putraIni sebenarnya satu langkah yang bijak juga. Daripada setiap tahun terus menerus timbul rasa tidak puas hati, lebih baik tak tercalon terus. Apa pun, rezeki di tangan Allah. Jadi mana tahu satu hari nanti Adi Putra terbuka hati untuk dicalonkan kembali dan tiba-tiba menang pulak. Siapa tahu kan?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan