Nuffnang

Sabtu, 4 Mei 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


“Buat Album Umpama Tulis Buku” – <b>Aizat Amdan</b> - Gua.com.my

Posted: 01 May 2013 08:44 PM PDT

Melihat kepada situasi industri muzik ketika ini, tidak ramai penyanyi yang berani tampil dengan album. Selain bimbang jualannya tidak memberangsangkan, mereka juga tidak mahu menanggung kerugian. Namun, penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan punya pendirian berbeza. Jelas Aizat dia tetap mahu mengeluarkan album demi kepuasan diri sendiri dan untuk peminat-peminat setia.

"Bagi saya proses membuat album ini adalah proses pembelajaran. Daripada album pertama dahulu sehingga album ketiga ini banyak perkara yang sudah saya pelajari. Ini kerana teknologi kita sentiasa berubah. Buat album ini macam menulis buku tentang hidup saya. Saya mahu berkongsi cerita dengan peminat-peminat. Selain itu, ia juga untuk kepuasan diri sendiri. Saya tetap akan keluarkan album biarpun ramai penyanyi yang lebih suka muncul dengan single sahaja," ujar Aizat mengulas kepentingan album buat dirinya.

Bercerita lanjut tentang album yang bakal dilancarkan dalam sedikit masa lagi itu, Aizat memberitahu albumnya itu mendapat inspirasi daripada album The Beatles, 'White Album'.

"ketika mencari material untuk album terbaru ini, saya banyak mendengar lagu-lagu lama. Jadi, lagu-lagu yang dihasilkan punya pengaruh lagu-lagu lama. Salah satu album yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya ialah album The Beatles, 'White Album'. Saya kagum apabila mendengar lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini. Ada bermacam-macam genre muzik. Setelah dengar album ini saya terus terfikir untuk buat sebuah album yang tidak menjurus kepada satu genre muzik sahaja. Saya pilih konsep universal. Harap eksperimen ini menjadi," ujar Aizat.

Dalam perkembangan lain, single Aizat berjudul 'Jerrypah' kini dimuatkan dalam album kompilasi 'Baik Punya' yang diterbitkan oleh InDigital Sdn Bhd dan Tropic Jaya Sdn Bhd. Menurut Aizat, 'Jerrypah' diserahkan untuk album kompilasi itu memandangkan lagu itu tidak dimuatkan dalam album terbarunya.

Aizat kini berada di Melbourne, Australia bersama –sama Go Gerila kerana menyertai Melbourne Music Festival 2013. Memandangkan dia harus berada di sana sehingga 7 Mei hadapan, Aizat terpaksa melepaskan peluang mengundi pada 5 Mei ini. 

Lirik Lagu DwiHati - Yuna / <b>Aizat Amdan</b> | Lirik - Lirikami

Posted: 30 Apr 2013 01:42 AM PDT

Lirik Lagu DwiHati - Yuna / Aizat

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

Lagu: Anas
Lirik: Anas, Aizat & Noh Salleh
Gubahan: Anas, Aizat & Yuna
Artis: Aizat Amdan ft. Yuna

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu DwiHati - Yuna / Aizat Amdan @ Lirikami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan