Nuffnang

Selasa, 21 Mei 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Anuar Zain & <b>Dayang Nurfaizah</b> Teruja Disatukan - Gua.com.my

Posted: 18 May 2013 01:36 AM PDT

Dua penyanyi popular , Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah mengakui mereka berasa cukup seronok dan teruja apabila dipertemukan sekali lagi. Apa tidaknya, masing-masing saling meminati. Malah, pasangan ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta. Namun, kisah cinta mereka ini lenyap begitu sahaja apabila masing-masing menafikan perkara ini.

Mungkin dek kerana jodoh yang panjang, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah terus dipertemukan. Bukan atas urusan peribadi, tetapi atas urusan kerjaya masing-masing. Kali ini, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah muncul dengan sebuah album istimewa berjudul Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas.  Album ini dirakamkan ketika kedua-dua penyanyi ini mengadakan konsert amal di Dewan Filharmonik Petronas  (DFP) tahun lalu.

Bercakap kepada pihak media baru-baru ini, Anuar memberitahu dia cukup teruja dengan projek terbarunya itu. Jelas lelaki ini, dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan album bersama Dayang.

"Saya sudah lama berkerjasama dengan Dayang. Kami mula buat persembahan bersama-sama sejak tahun 2003 lagi. Album ini adalah kenang-kenangan untuk saya dan Dayang kerana kami memang sudah lama menyimpan angan-angan untuk menghasilkan album duet. Biarpun lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini bukanlah lagu-lagu baru, tetapi saya yakin peminat yang tidak menonton persembahan kami tahun lalu pasti mahu memiliki album ini. Tak sabar rasanya hendak tahu komen-komen peminat," ulas Anuar dalam nada teruja.

Dalam masa yang sama, Anuar juga memberitahu kesemua lagu yang dimuatkan adalah pilihannya bersama Dayang.

"Semua lagu yang dimuatkan adalah pilihan saya dan Dayang sendiri. Kami pilih lagu-lagu yang menjadi kegemaran peminat. Memang bukan semua lagu merupakan lagu duet, tetapi peminat boleh mendengar saya berduet dengan Dayang menerusi empat buah lagu," ujar Anuar lagi.

Sementara itu, Dayang yang turut hadir ketika majlis pelancaran album ini memberitahu dia berasa cukup gembira kerana dapat menghasilkan album bersama Anuar Zain. Baginya, peluang yang diperolehinya cukup berharga kerana bukan mudah untuk menghasilkan album ketika ini.

"Sama macam Anuar,  saya juga sudah lama berhajat untuk merakamkan album bersama-sama. Namun, peluang itu tidak kunjung tiba kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album. Lebih-lebih lagi waktu dahulu kami berada di bawah pengurusan berbeza. Apabila dimaklumkan persembahan kami  akan dirakamkan untuk buat album, saya berasa cukup gembira. Harap-harap album ini akan dapat sambutan di kalangan peminat," ujar Dayang.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Anuar & Dayang At Dewan Filharmonik Petronas ini ialah Bila Resah (Anuar & Dayang), Mana Mungkin (Anuar & Dayang), Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang), Kau Bunga Cintaku (Anuar), Perpisahan (Anuar) dan Sedetik Lebih (Anuar & Dayang).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan