Nuffnang

Rabu, 29 Mei 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Trauma Pencuri Masuk Rumah | Oh! Artis

Posted: 01 Apr 2013 06:47 PM PDT

ohartis-errafazira-trauma-pencuri-masuk-rumah-1

Pelakon dan penyanyi cantik jelita, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma apabila dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya untuk mencuri keretanya semalam.

Erra ketika itu keluar untuk menghantar anaknya, Engku Eleesya ke sekolah selepas bercuti selama seminggu namun setelah 45minit dia dihubungi oleh jiran bahawa rumahnya dimasuki pencuri.

"Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk." Jelas Erra.

ohartis-errafazira-trauma-pencuri-masuk-rumah

Setelah mendapat panggilan tersebut, Erra terus bergegas pulang ke rumah namun didapati pencuri itu telah melarikan diri dan sempat dikejar oleh peronda yang merondo pada ketika itu.

"Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu," Jelas Erra lagi.

"Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu." tambah Erra lagi.

Pengalaman ngeri ini, membuatkan Erra sangat trauma malah membuatnya berfikir untuk berpindah ke rumah lain. Erra telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, malam tadi.

OHARTIS: SABAR ERRA, SEMOGA TERUS BERHATI-HATI KERANA PENCURI ADA DIMANA-MANA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan