Nuffnang

Isnin, 27 Mei 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Pelakon <b>Rita Rudaini</b> ada masalah baru | Lulu pages

Posted: 25 Apr 2013 05:00 PM PDT


Dramatis popular, Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat produksi baru yang didakwanya sebagai tidak profesional ketika melakukan penggambaran. Disebabkan itu Rita membuat keputusan berhenti serta merta daripada terus berlakon dengan produksi tersebut. Pun begitu menurut Rita, dia sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang mengambil masa sehingga Julai depan dalam drama 40 episod itu. Hal tersebut membuatkan syarikat itu mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi terhadap Rita yang menarik diri sebelum penggambaran tamat.

"Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama. "Jadi saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidakpuashatian saya terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya. Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.

"Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000. Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan saya memang nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu", kata Rita ketika ditemui di Pejabat Seniman bertempat di Taman Melawati, petang semalam.

Tambah Rita, selama ini dia tidak pernah mengalami situasi sebegini dan menegaskan tidak pernah membuat hal dengan mana-mana produksi. Apatahlagi ini merupakan kali pertama dia bekerja dengan produksi tersebut. Dia cuma mengharapkan krisis ini dapat diselesaikan dengan cara profesional.


"Selama ini saya tak pernah buat hal dengan mana-mana produski. Jadi bila perkara ini terjadi kepada saya, saya rasa tak adil. Sebagai pelakon saya mahukan perbincangan dan situasi menang-menang. Kalau betul mereka nak tuntut ganti rugi, saya pun boleh tuntut juga ganti rugi saya. Cuma saya tak mahu perkara ini terus diperbesar-besarkan", katanya yang turut meluahkan rasa serik untuk melibatkan diri dengan produksi tersebut pada masa akan datang. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan, Zahrin Ishak berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Malah akan mengesyorkan satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi itu untuk berbincang dan menjernihkan keadaan. - mD

.

<b>Rita Rudaini</b> Di Taja Datuk S? - The Faceblog

Posted: 04 Apr 2013 07:04 PM PDT

rita rudaini

Rita Rudaini Di Taja Datuk S? – Ketika sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga yang mencengkam, dramatis, Rita Rudaini kini dihimpit pula dengan dakwaan dirinya ditaja oleh seseorang berpangkat datuk yang dikenali dengan pangilan datuk 'S'.

Khabar angin tersebut timbul setelah pelakon ini mengeluarkan produknya yang diberi nama RS Collagen. Banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.

"Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha," ujarnya.

Jelasnya, buat masa ini beliau sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.

"Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja," katanya.

Sumber – MyArtis.My

Tiada ulasan:

Catat Ulasan