Nuffnang

Rabu, 29 Mei 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Mesra Dengan Peminat Punca <b>Shaheizy Sam</b> Menang ABPBH <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 08:29 PM PDT

ohartis-shaheizy-sam-menang-abpbh-2012-1

Tahniah kepada pelakon handalan Shaheizy Sam yang merangkul anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 semalam. Sam yang juga anak kepada pelakon veteran Khaty Fauziah pernah merangkul anugerah yang sama pada tahun 2010 yang lalu.

Biarpun berehat selama 9 bulan daripada dunia lakonan, Sam tidak menyangka akan kemenangannya dan menganggap bermesra dengan peminat adalah punca baginya untuk menang semalam.

"Jujur dikatakan, saya tidak sangka masih lagi mampu meraih gelaran Bintang Paling Popular walaupun sudah sembilan bulan saya berehat daripada bekerja pada tahun lalu. Saya menganggap ini semua kerana jalinan hubungan saya dengan para peminat yang boleh dikira akrab." Jelas Sam.

ohartis-shaheizy-sam-menang-abpbh-2012-2

Bukan setakat berterima kasih pada peminatnya, malah Sam ada cara tersendiri untuk menghargai peminat yang selama ini menyokong kuat careernya dengan memasak dan membungkus sendiri nasi goreng thai untuk diberikan kepada peminat yang hadir ke Abpbh untuk menyokongnya semalam.

"Malah saya siap masak dan bungkus sendiri makanan buat mereka yang sanggup hadir ke ABPBH 2012 demi menyokong saya. Rasanya tanpa mereka, saya tidak akan berjaya seperti ini," katanya yang ditemui selepas acara tersebut.

OHARTIS: TAHNIAH SAM. MEMANG ANDA LAYAK MENANG ANUGERAH TERSEBUT. DAN KAMI BANGGA CARA ANDA HARGAI PEMINAT ANDA. KEEP IT UP SAM!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan