Nuffnang

Khamis, 13 Jun 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Peminat <b>Adi Putra</b> Pertikai Keputusan ABPBH2012 | - Beautifulnara

Posted: 14 Apr 2013 06:54 AM PDT


Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.

abpbh2012

Menurut info yang diberikan oleh peminat Adi Putra yang bergelar 1HotLovers, jumlah undian yang dihantar oleh mereka melebih 42,000. Namun begitu, di dalam BiPop hari ini, jumlah undian untuk Adi Putra dimaklumkan hanya sekitar 24,000. Ini menyebabkan peminat-peminat Adi Putra mempersoalkan cara pengiraan undi dilakukan.

adi putra

Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.

adi putra

Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra. Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

UPDATE: Peminat Adi Putra memaklumkan yang mereka mempertikaikan pengiraan undi terhadap Adi Putra dan bukannya keputusan yang telah diumumkan. Ini kerana jumlah undi yang diumumkan adalah tidak sama dengan apa yang telah mereka hantar.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Adi Putra</b> Sangkal Jadi &#39;Macai&#39; Untuk BN | buahmulut.com

Posted: 10 May 2013 12:57 AM PDT

Pilihanraya Umum ke 13 baru sahaja berakhir, namun ceritera semasa kempen masih lagi hangat diperkatakan terutamanya buat para selebriti tempatan yang pada masa kini sudah semakin galak menunjukkan sokongan secara terbuka terhadap parti politik yang mereka sertai. Hal ini merupakan sesuatu yang menarik jika dibandingkan dengan suasana sebelumnya.


 Adi Putra BN

Namun apa yang menjadi pertikaian masyarakat setempat adalah kelibat seorang selebriti yang bukan dikalangan Warganegara Malaysia tetapi giat berkempen bagi pihak Parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Kemunculan Adi Putra di Sungai Undang Melaka bagi membantu jentera parti berkempen tidak lama dahulu mengejutkan banyak pihak lantas ianya menimbulkan perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak akan penglibatan aktor kacak berkenaan.

Mengulas lanjut hal tersebut Adi Putra maklum dan berlapang dada dengan perasaan sesetengah pihak yang kurang senang dengan tindakanya itu, namun jelasnya juga dia mempunyai niat tersendiri kenapa beriya mahu berkempen bagi memastikan kemenangan Calon parti tersebut.


 Adi Putra BN

"Bagi saya tidak ada masalahnya jika dibadan saya ini tersarung baju yang tertera Barisan Nasional. Saya tidak nampak sebab yang kukuh kenapa saya tidak boleh pakai. Bagi saya itu adalah tanda hormat saya kepada Kerajaan Malaysia yang selama ini saya akui sejak dari dulu hingga sekarang, hanya mereka sahaja yang dilihat mampu mentadbir Malaysia dengan baik. Jadi inilah masanya saya memperlihatkan sokongan kepada mereka"

"Kalau nak ikutkan peminat saya pun ramai juga yang menyokong parti lain, tapi mereka ok je. Tidak timbul isu yang boleh membuat hubngan saya dengan peminat semakin renggang. Lagipun saya tidak dipaksa untuk memakai baju tersebut. Tapi ianya adalah kehendak saya sendiri dan dipakai secara sukarela" Jelas Adi Putra yang kami temui di Sri Pentas TV3

Dalam perkembangan lain pula Adi Putra bakal muncul dengan dramanya yang terbaru berjudul 'Teduhan Kasih' yang akan disiarkan di TV3 bermula pada 15 Mei nanti. Jelas Adi lagi kali ini dia bakal membawakan watak Ehsan seorang pemuda yang tidak memikirkan pasangan hidupnya.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Sentiasa Love~: Bantahan.. Aku tak suka <b>Adi Putra</b>!!

Posted: 26 May 2013 09:01 AM PDT


Assalamualaikum..

Tahu tak novel Suami Aku Ustaz? Mesti tahu punya kan. Aku pun ada review novel tu. Novel tu best jugak okey. Haa kalau nak tengok aku review novel tu tekan SINI.

Mesti dah tahu kan novel ni nak diadaptasi kepada movie (tak silap aku). And.. pelakon dia Nora Danish sebagai Alisa and Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz.

Mesti peminat Adi Putra tengah berasap kepala sebab aku bukan fan dia kan. Tak tak. Aku cuma tak suka dan rasa macam tak sesuai je Adi Putra jadi Ustaz Hafiz. Sebab Ustaz Hafiz tu muda lagi. Adi Putra macam... yeah. Just tak sesuai.
Mesti ada yang kata 'kau sebok apa. tak suka tak payah lah tengok.' Masalahnya aku nak tengok jugak cerita ni tapi aku tak suka Adi Putra. Cuba la ambik orang lain tak boleh ke. Nora pun aku dah tak berapa suka. Dulu aku suka dia masa cerita Puteri sekarang tidak lagi.
HAHAHAHA. Dah habis sesi bantahan yang tak akan dipandang ini. Apa sangat lah kan. Ini hanya pada pandangan aku saja. Kalau anda peminat Adi and Nora janganlah marah aku. Masing-masing ada pandangan sendiri kan? So.. okey bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan