Nuffnang

Khamis, 13 Jun 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Risau Tiada Masa Untuk Keluarga – Perak Today

Posted: 20 May 2013 05:06 PM PDT

Pelakon Didie Alias meluahkan rasa risau apabila melihatkan masanya terlalu terhad untuk bersama dengan keluarga gara-gara kesibukan jadual kerja seninya.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sejak meraih anugerah Artis Komedi Wanita popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) April lalu, dirinya mula dipenuhi pelbagai tawaran lakonan namun menganggap ia sebagai sebuah rezeki untuk keluarga.

"Alhamdulillah, jadual saya penuh sehingga bulan Ogos. Mungkin ini kerana rezeki anugerah yang saya peroleh baru-baru ini.

"Tetapi risau juga masa dengan keluarga juga terhad. Mujurlah mereka terutamanya suami faham dengan kerja saya ini," katanya.

Bagaimanapun tambah Didie, walaupun dia 'dihujani' pelbagai tawaran lakonan, dia masih lagi memilih daripada segi watak dan skrip yang akan dilakonkan.

Didie mahu penonton melihat perkembangan bakat lakonannya melalui pelbagai karakter yang dibawa dan bukan watak komedi semata-mata.

"Saya pilih juga watak yang ditawarkan, kalau boleh saya tidak mahu watak yang sama sahaja dan tidak mencabar.

"Ini juga sebahagian cara untuk menjaga kredibiliti dan kualiti lakonan yang akan dibawakan. Saya tidak mahu peminat melihat saya dengan watak yang sama, tentu tidak bagus untuk perkembangan kerjaya saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Didie bakal muncul menerusi filem Oh Mak Kau (OMK) dan kini ia sudah pun bermula tayangannya sejak 16 Mei 2013.

"Menerusi filem ini, saya membawa karakter perempuan gangster, tetapi terdapat unsur-unsur lawak dalam cerita ini.

"Diharap penonton gembira dengan hasil kerja lakonan yang saya bawakan," tuturnya.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, 'kemas balik selepas mencuri' sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.

Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.

Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan