Nuffnang

Selasa, 18 Jun 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Aksi itu dilakonkan sebelum saya berkahwin – <b>Izreen Azminda</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 08:14 PM PDT

Babak berkemban didalam filem melayu bukanlah satu perkara yang asing bagi kita semua. Baik si tua, anak dara mahupun yang menjanda pasti ada babak sedemikian. Motifnya kadang kala sukar difahami. Mungkin imaginasi si tukang cerita amat tinggi lantas menjadikan babak berkemban itu sukar untuk kita mengerti akan keharusanya.


Izreen Azminda

Walaupun hanya seketika, ianya mampu mengamit persepsi terhadap filem tersebut. Ianya juga boleh menjadi klimaks lebih awal untuk keseluruhan cerita. Kini babak berkemban datang lagi. Izreen Azminda mengambil posisi.

Ditanya sewaktu bersua muka di majlis tayangan perdana filem PECAH baru baru ini nyata tidak menghadirkan kegusaran buat bakal ibu ini. Jelasnya ringkas, babak itu tidak ada isu yang harus diperbesarkan serata alam


Izreen Azminda

"Sebenarnya tidak ada isu pun pasal babak berkemban tu, saya tidak lihat ini adalah satu isu yang harus diperbesarkan. Lagipun memang saya dah tahu dari awal masa terima tawaran filem Pecah tentang babak tersebut."

Tambah Izreen lagi suaminya pada ketika ini masih belum lagi melihat aksi berkembanya didalam filem Pecah.

"Suami saya belum lagi tengok aksi kemban tu. Tapi saya harap dia akan faham dan terbuka dalam hal ini. Lagipun babak berkemban tu saya lakukan sebelum berkahwin lagi. Sebelum ini suami ada ingatkan agar setiap pemilihan watak yang dibawa selepas ini haruslah bersesuaian status saya sebagai isteri dan tidak berlebihan dalam membawa sesuatu babak yang dirasakan sensitif."

"Sudah tentu selepas ini saya akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan setiap watak yang ditawarkan kerana sekarang saya harus menjaga hati suami dan bakal anak yang bakal lahir tidak lama lagi" Ujar Izreen

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan