Nuffnang

Rabu, 19 Jun 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Pertama Kali Terima Anugerah, <b>Neelofa</b> Tidak Sangka Akan <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 05:19 PM PDT

Melihat dari bakatnya dalam bidang pengacaraan memang tidak dapat dinafikan dia punyai potensi besar untuk maju lebih lagi. Ditambah dengan paras rupa yang jelita, Neelofa akhirnya berjaya membuktikan bahawa bakatnya dalam bidang lakonan telah mula diterima penonton dengan kejayaan pada malam Anugerah Blokbuster 2 bagi kategori Heroin Terbaru Terhebat.

Selepas mengalami kekalahan berterusan di dalam beberapa anugerah yang pernah dicalonkan sebelum ini, Neelofa mengakui tidak meletakkan harapan langsung untuk menang di dalam anugerah yang dipertandingkan malam tadi.

"Untuk filem Hantu Kapcai memang Lofa tidak letakkan harapan pun sebab dah banyak kali kalah. Alhamdullilah, first support, Lofa berharap akan dimurahkan rezeki untuk berlakon filem lagi."

Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, anugerah yang diterima itu telah mengukur masih ada lagi peminat yag menyokong kerana anugerah tersebut berdasarkan undian tertinggi.

"Saya memerlukan peminat sebagai tunjang di sebalik kejayaan yang saya kecapi, terima kasih saya ucapkan kepada semua peminat yang setia mengundi Lofa. Kejayaan ini bakal tercatat di dalam sejarah peribadi Lofa juga," ujarnya yang ditemui di Dewan MBJB, Johor, semalam.

Tambahnya lagi, dia kini di dalam proses memperbaiki kelemahan diri setelah dibandingkan dari segi lakonannya sebelum ini yang telah dikritik hebat menerusi Azura 2012 dengan Pilot Cafe yang baru sahaja tamat penggambarannya.

"Kalau ikut lakonan dan keseluruhannya Lofa akui memang banyak kekurangan diri namun begitu selepas berlakon bersama Osman Ali untuk filem terbarunya Lofa banyak belajar"

Tetap meneruskan kariernya dalam bidang lakonan Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Md Noor memberitahu bidang pengacaraan masih menjadi keutamaan bagi dirinya.

"Lofa akan teruskan juga bidang lakonan kerana dengan filem sahajalah Lofa mampu maintain dalam industri ini"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan