Nuffnang

Jumaat, 21 Jun 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Permata hati <b>Ning Baizura</b>, Omar – Perak Today

Posted: 17 May 2013 09:38 AM PDT

SELEPAS tiga bulan menanti, akhirnya penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Chris Dalton memperkenalkan bayi sulung mereka, Ryan Sky Dalton dalam satu sidang media di ibu kota, semalam.

Sejak melahirkan anak pada 31 Januari lalu, Ning 'menyorok' wajah anaknya daripada umum kerana mahu mengikut pantang larang ibunya.

Difahamkan sebelum ini, Ning pernah merancang untuk menghantar gambar Ryan kepada media namun di saat akhir dia membatalkan perkara itu supaya anaknya itu diperkenalkan dalam satu majlis lebih teratur.

"Terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu detik indah ini sejak saya melahirkan Ryan tiga bulan lepas.

"Alhamdullilah..walaupun diuji dengan dugaan semasa dia dijangkiti demam kuning, Ryan sembuh dengan cepat tanpa masalah kesihatan," tutur Ning.

Tampil anggun dengan persalinan Datuk Farah Khan, Ning mengakui dia kini sedang giat melangsingkan badannya sebelum kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam masa yang sama, Ning turut melancarkan muzik video single pertamanya, Pelangi Untukmu yang dicipta khas buat permata hatinya itu.

"Lagu ini akan dimuatkan dalam album saya iaitu Sky Blues & Lullabies diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

"Secara tak langsung, majlis ini menjadi detik istimewa bagi pelancaran single pertama khas untuk kanak-kanak," katanya.

Ning turut mendedahkan bahawa dia dan suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos bagi membawa Ryan bertemu keluarga sebelah Omar.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan