Nuffnang

Rabu, 3 Julai 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> - Bintang Syurga | Lagu Baru 2013 | TIMIZERO

Posted: 08 Jun 2013 03:25 PM PDT

Maya Karin - Bintang Syurga | Lagu Baru 2013 | Semasa siaran ulangan MeleTOP di Astro semalam, aku ada perasan yang Maya Karin dan Ahmad Idham menjadi tetamu undangan... "Mungkin mereka ingin promosikan filem terbaru agaknya...", cuma itu sahaja yang terlintas di kepala aku pada mulanya... 
Kemudian aku terus melangkah masuk ke dalam bilik... Maklumlah, aku bukannya minat sangat dengan rancangan MeleTOP ni. Paling aku layan pun parody dari Jihan dan Azrul sahaja...LOL. 
Beberapa minit selepas itu, sayup-sayup aku terdengar sebuah lagu... 
Boleh tahan juga lagunya... Ada bermain dengan bunyi-bunyian serta adunan yang agak menyerlah... Bayangkan dari dalam bilik pun aku boleh rasakan ruang stereo yang "kembang" hasil kerja jurutera bunyi...  
Rupa-rupanya lagu tersebut adalah single terbaru dari Maya Karin yang berjudul "Bintang Syurga". Terus aku buat carian di Youtube untuk mendengarnya sekali lagi... Yang diputarkan di rancangan MeleTOP itu sekejap sangat...


Sejujurnya, aku tidak begitu meminati gaya vokal Maya Karin selama ini. Perkembangan beliau dalam bidang nyanyian pun aku tidak ikuti sangat... Tetapi, lagu ini telah berjaya memancing aku supaya menaip nama "Maya Karin" di kotak carian laman Youtube semalam...haha. 
Oleh itu, syabas diucapkan kepada pencipta lagu "Bintang Syurga" iaitu Omar K bersama rakannya Audi Mok...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan