Nuffnang

Selasa, 30 Julai 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


OME: Apakah Kesudahan Cinta Zain Saidin-<b>Tiz Zaqyah</b>?

Posted: 28 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan


KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2013: Ramai pengikut setia rancangan Oh My English! musim kedua ini yang pastinya ingin mengetahui apakah kesudahan di antara Encik Middleton (lakonan Zain Saidin), Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) dan Cikgu Malik (lakonan Aaron Aziz) dalam episod kemuncak Oh My English! selama 1 jam pada jam 6 petang nanti yang akan bersiaran di Astro TVIQ (saluran Astro 610) dan dalam bentuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran Astro 134).

Hubungan di antara cikgu-cikgu bertambah rumit dengan kehadiran bekas teman wanita Encik Middleton, Sara Jane (lakonan Aileen Gabriella Robinson, juara Miss Tourism International) yang tidak berputus asa untuk memikatnya semula. Apakah yang akan dilakukan oleh Encik Middleton? Adakah Cikgu Ayu akan meninggalkan sekolah SMK Ayer Dalam?

Apa akan berlaku kepada pelajar-pelajar kesayangan kelas 3 Merah? Jangan ketinggalan menonton kesudahan Oh My English! musim kedua di episod kemuncak khas selama 1 jam.

Sempena dengan itu, peminat-peminat turut berpeluang menonton kesemua babak Oh My English! musim kedua secara beterusan melalui siaran Maraton Khas Oh My English! musim kedua pada hujung minggu ini (Julai 27 & 28) dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Astro TVIQ (saluran Astro 610).

Ia memberi peluang untuk anda meyaksikan semula gelagat-gelagat lucu para pelakon Oh My English! . Pelbagai babak menarik sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris yang turut dimeriahkan dengan penampilan khas para pelakon tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, DJ Hitz.fm - Jin dan Ryan, Rykarl, Joe Chang, Aileen Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan ramai lagi.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat berkata, Oh My English! musim 2 kini sudah mulasampai ke penghujungnya.

"Pihak Astro mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peminat atas sokongan padu anda terhadap program yang bercorakan hiburan dan pendidikan ini.

"Program Oh My English! terus menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia dan berjaya meraih lebih daripada 4.5 juta penonton TV, lebih 10.7 juta penonton di YouTube, hampir 500,000 peminat Facebook dan 68,000 pengikut di Twitter sehingga kini.

"Segala kejayaan yang diperolehi adalah atas sokongan padu anda semua. Selain itu, pelbagai rancangan menarik akan diumumkan nanti untuk terus meningkat jenama program Oh My English! ke tahap seterusnya".

Jangan ketinggalan menonton episod kemuncak Oh My English musim kedua dan siaran marathon khas khusus untuk semua para peminat Oh My English! pada hujung minggu ini.

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk lebih maklumat atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan