Nuffnang

Khamis, 8 Ogos 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Ibu <b>Aizat Amdan</b> Akui Anak Tiada Kekasih - Gua.com.my

Posted: 24 May 2013 02:49 AM PDT

Sejak menceburkan diri dalam industri seni tanah air, nama Aizat Amdan, 24, jarang dikaitkan dengan kontroversi. Gosip percintaannya dengan pelakon Liyana Jasmay dulu juga tidak begitu hangat diperkatakan. Ibunya, Fina Azman bersyukur kerana anaknya itu bebas daripada gosip-gosip liar.

"Memang kalau ada gosip mengenai Aizat, sebagai ibu pasti saya bimbang. Tapi Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi gosip yang tidak dapat ditangani", ujar Fina ketika dihubungi GUA baru-baru ini.

Bercakap mengenai hubungan yang terjalin antara Aizat dengan Liyana satu ketika dahulu, kata Fina, Aizat hanya menganggap Liyana sebagai teman rapat.

"Dia dengan Liyana dulu hanya kawan. Nak kata dia ada teman wanita, Aizat ni tak pandai nak menjalinkan hubungan yang serius", jelas ibunya.

Namun Fina berpendapat Aizat mudah tertarik dengan gadis yang mempunyai minat yang sama dengannya.

"Aizat orangnya mudah. Kalau ada gadis yang cuba mendekati dia, dia senang jatuh cinta. Kalau ada orang yang boleh hargai dia, ikut rentak dia dan ada minat yang sama dengan dia, mesti boleh serasi dengan Aizat", ujarnya.

Mengenang kembali zaman kanak-kanak Aizat, kata Fina, Aizat merupakan seorang yang pendiam dan banyak berfikir. Sekiranya keluarga cuba membuat lawak sinis, Aizat sukar memahami dan akan membalas secara terus-terang.

"Sewaktu kecil, dia tak pandai sangat nak berkomunikasi. Dia lebih suka berdiam dan berfikir. Tetapi sejak masuk dalam industri dan di kelilingi dengan ramai orang, Aizat menjadi semakin matang dan bijak berbicara," ujar Fina.

Aizat mula terlibat dalam industri sewaktu dia terpilih menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Namun ketika itu, Fina akui bahawa mereka sekeluarga tidak pernah menyangka Aizat akan terpilih.

"Tiada seorang pun dalam keluarga yang terlibat secara langsung dalam bidang muzik. Cuma abang Aizat (Anas) yang mempunyai kumpulan muzik sendiri ketika di sekolah. Itu pun, Aizat hanya terikut-ikutkan abang dia. Malah, kami sekeluarga tidak tahu dia pergi ke uji bakat AF5 sehinggalah dia menerima kejutan daripada pihak produksi AF5. Sejak saat itu, kami sekeluarga sentiasa menyokong minat Aizat dalam bidang muzik," jelasnya.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti Fina sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya. Kata Fina, dia ingin melihat kerjaya anak-anaknya berkembang.

"Aizat merupakan seorang yang kreatif. Dia suka melukis. Dia juga mempunyai pendengaran yang tajam dan boleh mengenalpasti bunyi. Bila dia terlibat dalam industri ini, dia dapat melakukan perkara yang disukainya. Aizat dan Anas betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni. InsyaAllah, kerjaya mereka ini akan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi," kata Fina yang turut mendoakan agar anak-anaknya menjadi manusia yang sempurna zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan