Nuffnang

Selasa, 6 Ogos 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia | ROTIKAYA

Posted: 01 Aug 2013 05:43 PM PDT

Selepas 13 tahun bertarung dengan kanser lelangit yang di'hidapinya, ibu kepada Arja Lee, Salmah Aziz telah kembali ke rahmatullah sekitar 4.00 pagi tadi di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.

Jenazah allahyarhamah telah pun selesai dimandikan, dikafan di Hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja Lee, pemergian ibunya cukup dirasai kerana beliau itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku liku perjalanan sebagai insan seni selama ini.

Takziah dari kami buat Arja Lee sekeluarga dan semoga tabah menerima pemergiaan ibu tercinta. al-Fatihah.

Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia - KLpos.com

Posted: 02 Aug 2013 06:33 AM PDT

 

 

Ibu kepada pelakon Arja Lee, Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini pada pukul 4 pagi hari ini.

 

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, memberitahu berita sedih tersebut melalui laman peribadi Instagramnya dan turut memuatnaik gambar kenangannya bersama Allahyarham.

 

"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.

 

"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.

 

 

Allahyarham mengalami menderita penyakit kanser lelangit sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.

 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.

 

Last Updated on Saturday, 03 August 2013 13:36

Ibu <b>Arja Lee</b> Meninggal Dunia Akibat Kanser Lelangit | Oh! Artis

Posted: 01 Aug 2013 07:54 PM PDT

ohartis-ibu-arja-lee-meninggal-dunia-1

Ibu kepada pelakon yang terkenal dengan lakonan dalam drama Misiku Kuza, Arja Lee telah pun kembali kerahmatullah pada jam 4 pagi tadi.

Sebelum ini, Arja pernah memberitahu bahawa dia sibuk menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser lelangit yang dihidapi sejak 13 tahun yang lalu dan penyakit tersebut sudah pun berada ditahap yang kritikal. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30 memberitahu berita kematian itu melalui laman sosial Twitter miliknya.

"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.

"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang namun telah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.

Menurut Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.

OHARTIS: TAKZIAH DAN AL-FATIHAH. SEMOGA ROH BELIAU DI TEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan