Nuffnang

Sabtu, 24 Ogos 2013

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Beraya Di Kampung Selepas 8 Tahun Ke Luar Negara <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2013 11:33 AM PDT

elfiraPelakon Elfira Loy menceritakan pengalamannya sudah lapan tahun tidak menyambut Aidilfitri dalam negara kerana mengambil peluang bercuti ke luar negara bersama keluarga.

Bagaimanapun Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 18, berkata, sambutan Syawal kali ini memberi kelainan buat mereka apabila pulang ke kampung di Kuala Ketil, Kedah.

"Jika sebelum ini saya dan keluarga akan bercuti ke luar negara setiap kali sambutan raya, kali ini kami beraya di kampung pula.

"Memang rasa seronok sangat apabila dapat melalui proses kesibukan beraya. Contohnya apabila golongan lelaki sibuk sembelih ayam, kita pula kaum wanita mencabut bulu-bulu ayam.

"Lebih menyeronokkan saya dapat menyibukkan diri mencari kayu api untuk memacak pelita dan mengopek kelapa dengan adik-adik," katanya yang mempunyai tujuh pasang baju raya.

Dalam pada itu tambah Elfira, dia juga sudah lapan tahun tidak menerima sebarang duit raya dan mengakui teringin untuk menerima sampul duit raya walaupun jumlah wang yang diberi hanya sedikit.

Tambahan pula dia sudah lama bekerja sebagai pelakon, perasaan teruja menerima duit raya sudah lama tidak dirasai.

"Memandangkan saya sudah bekerja pada usia muda, orang pun tidak beri duit raya pada saya sedangkan saya teringin nak dapat duit raya,"katanya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan