Nuffnang

Jumaat, 23 Ogos 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Cerita Tentang Raya & Kahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Aug 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi, Farawahida Razali memberitahu GUA tahun ini merupakan tahun terakhir dia menyambut Ramadan dan Syawal sebagai orang bujang.  Ini kerana pada Disember ini dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

"Persiapan saya untuk menyambut Syawal ini sederhana sahaja. Saya lebih fokus dalam menyediakan kelengkapan raya untuk adik-adik saya. Tapi tahun ini saya menikmati sebaik-baiknya sambutan raya bersama keluarga. Sebab tahun depan, insyaAllah saya sudah menyambut raya berdua. Jadi untuk lebaran kali ini, seperti biasa saya berhari raya di kampung halaman di Taiping, Perak," ujar Farawahida yang ditemui baru-baru ini.

"Saya juga akan mengunjungi rumah bakal suami saya di Pulau Pinang. Semenjak kami menjalinkan hubungan, tiap-tiap tahun kami akan ke rumah keluarga masing-masing untuk berhari raya. Saya rasakan itu adalah permulaan untuk saya mengenal keluarganya dan dia mengenal keluarga saya," jelas Farawahida lagi.

Bercerita mengenai juadah dan kuih raya yang digemari olehnya, Farawahida menceritakan yang dia sangat gemarkan masakan jiran sebelah rumahnya.

"Seperti tahun-tahun lepas di malam raya, saya ditugaskan untuk memasak rendang ayam. Tetapi apa yang peliknya, saya kurang gemar makan hidangan yang saya masak sendiri. Saya amat menggemari Rendang Ayam Pencen yang dimasak oleh jiran sebelah rumah. Setiap kali selepas habis Solat Sunat Aidilfitri, saya akan singgah ke rumah jiran saya untuk merasai kelazatan rendang itu. Selain itu, saya juga gemarkan kuih tart nenas untuk dimakan di pagi raya," cerita pelantun lagu 'Tanpamu' ini.

Serah tugas pada perunding perkahwinan

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Farawahida menjelaskan yang dia menyerahkan 90% tanggungjawab mengenai persiapan hari bahagianya bersama jejaka idaman kepada perunding perkahwinan mereka, Chedet. 

"Untuk hari bahagia saya pada Disember nanti, hampir 90% persiapan saya serahkan kepada perunding perkahwinan kami, Chedet. Selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, baru saya akan betul-betul memberikan fokus kepada persiapan perkahwinan . Masing-masing agak sibuk, bahkan kursus perkahwinan pun belum sempat kami hadiri. InsyaAllah, semuanya akan dilakukan selepas sambutan Syawal nanti," tambah Farah.

Mengenai perkembangan terbarunya, Farawahida kini sedangmencari material terbaru untuk dijadikan 'single' keduanya selepas lagu 'Jangan Tanya Aku Lagi'. Farawahida menjelaskan yang lagu keduanya bakal berentak 'moderate', santai dan juga relaks di halwa telinga pendengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan