Nuffnang

Sabtu, 17 Ogos 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Nasihatkan Afiq Muiz Kembali Taat Kepada Ibu | Oh! Artis

Posted: 30 May 2013 06:34 PM PDT

Fizo-Omar

Sebagai pelakon yang lebih tua dan senior, Fizo Omar turut rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan pelakon muda Afiq Muiz berkenaan isu yang hangat antara Afiq dan Ibunya. Fizo melahirkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap Afiq yang enggan memohon maaf kepada ibunya dan dia berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing.

"Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa. Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu," tegas Fizo.

afiqmuiz-umi

Menurut Fizo juga, status Afiq sebagai selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan menganggap Afiq belum berjaya sepenuhnya malah kerjayanya boleh musnah akibat sikapnya itu kerana masyarakat juga turut tersinggung terhadap perbuatannya kepada ibu sendiri.

"Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang," tambah Fizo lagi.

Sementara itu, apabila ditanya bagaimana Fizo melayan ibunya Hasnah Jidin, 53, Fizo menjawab dia akan mencium dan bersalaman dengan wanita itu setiap kali untuk keluar rumah bagi mencari rezeki malah Fizo juga akan meluangkan masa bersama ibu yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur walaupun sibuk dengan kerja-kerja lakonan dan perniagaan.

"Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya. Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama.

"Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi," ujarnya.

OHARTIS: TAK DINAFIKAN FIZO OMAR ANTARA SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI CONTOH DAN PANDAI MENJAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGA. GUDLUCK FOR FIZO OMAR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan