Nuffnang

Selasa, 6 Ogos 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Takut Jadi Seperti P.Ramlee | Oh! Artis

Posted: 16 Apr 2013 07:52 PM PDT

Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee satu nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Segala hasil kerja seni beliau amat mengagumkan sehingga ke hari ini. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, bagaimana perjalanan karier seni dipenghujung era zaman P.Ramlee. Beliau sudah mula tidak diterima peminat dan kebanyakan karyanya tidak lagi mendapat sambutan.

Penyanyi Jamal Abdillah antara peminat P.Ramlee yang melihat sendiri bagaimana lagu-lagu dendangannya ditolak mentah-mentah, dan bukan setakat itu sahaja kerana P.Ramlee juga turut di'boo' semasa kemunculan beliau di pentas untuk membuat persembahan.

"Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor. Ketika P.Ramlee muncul, dia kena 'boo'. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut." Jelas Jamal.

ohartis-jamal-abdillah-takut-jadi-pramlee-1

"Tak sangka sampai begitu sekali layanan yang diterima P.Ramlee. Insan yang kita anggap sebagai seorang permata berharga rupanya dilayan seperti 'sampah' bila dia sudah mula tidak laku. Tak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada selebriti-selebriti lain diluar sana,kan?" tambah Jamal lagi.

Jamal yang ditemui pada majlis sidang media kedua, 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P. Ramlee Dalam Kenangan' di Pustaka Peringatan P. Ramlee, menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 untuk membaiki kembali pusara P.Ramlee yang rosak dilanda pokok dalam kejadian ribut baru-baru ni.

OHARTIS: TAK SANGKA P.RAMLEE PERNAH DILAYAN SEBEGITU RUPA. GENERASI BARU HANYA KENAL P.RAMLEE SEORANG SENIMAN HEBAT YANG DIKAGUMI RAMAI. APAPUN SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT KEATASNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan