Nuffnang

Ahad, 4 Ogos 2013

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>Jue Aziz</b> Malas Nak Layan Gossip Sayang | cerita apakah??

Posted: 02 Oct 2012 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz yang dikaitkan bercinta dengan suami kepada pelakon, Rita Rudaini, 36, baru-baru ini enggan memberikan komen panjang lagi berhubung gosip liar itu. Gosip itu timbul apabila sebuah akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan Jue dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, semakin hari semakin intim. Terbaru, pasangan itu dikatakan sudah pun memasuki fasa bahagia apabila Jue sudah mulai memanggil diri Aidil dengan panggilan 'sayang'. Menerusi laporan Kosmo, Jue berkata, dia tidak mahu lagi membuka mulut tentang gosip liar itu kerana berfikir isu tersebut tidak akan berakhir. "Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini. "Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul," kata Jue. Selain itu, Jue sendiri mengetahui individu yang bertanggungjawab menjadi pembawa mulut dalam gosip 'cinta' antara dia dan Aidil. Pelakon yang berkulit putih itu sebelum ini mahu membawa kes gosip itu ke mahkamah. Namun, atas dasar kasihan kepada pembawa cerita itu, Jue tidak mahu memperbesarkan isu yang remeh. "Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu . Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. "Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan