Nuffnang

Khamis, 8 Ogos 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Dedah Sikap Cemburu Suami – Perak Today

Posted: 28 Jul 2013 02:46 PM PDT

Liyana, 25, berkata, Fathuddin, 29, juga mengambil pendekatan untuk tidak menonton adegan-adegan romantik lakonannya semata-mata mahu menepis perasaan itu.

"Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik.

"Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula," kata Liyana kepada mStar Online.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pasific, dekat sini.

Jelas Liyana lagi, suaminya juga memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan selain perlu membatasi babak-babak bersentuhan dengan pelakon lelaki lain.

"Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan," katanya.

Menurut Liyana, dia menggemari sikap cemburu itu kerana ia adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.

Katanya, adalah satu masalah besar kalau seseorang suami tidak ada perasaan itu apatah lagi bagi seseorang pelakon yang perlu melakonkan watak-watak romantik, bersentuhan dan juga sesetengahnya di ranjang.

Bagaimanapun Liyana telah membuat keputusan untuk tidak menerima watak-watak romantik yang memerlukan dia berpelukan selepas berumah tangga.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan