Nuffnang

Khamis, 8 Ogos 2013

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> Terkilan Disekat Berlakon | buahmulut.com

Posted: 19 Jun 2013 12:19 AM PDT

Raja Farah yang telah mendirikan rumahtangga sekitar tahun 2010 akur dengan kehendak suaminya agar dia lebih bersifat sensitif apabila memilih sesuatu watak yang ditawarkan kepadanya memandangkan dia kini sudah pun bergelar isteri..



Mungkin disebabkan itu sejak kebelakangan ini nama Raja Farah seakan semakin menghilang dari dibicarakan oleh peminat tempatan. Agak jarang kita dapat melihat penampilan terbaru Raja Farah dalam mana-mana drama mahupun filem tempatan.

"Saya akui sejak dah berkahwin ni saya jarang muncul dalam mana mana drama tempatan. Bukan dah berhenti berlakon, ada tapi mungkin disebabkan sekarang saya lebih memilih watak yang mana dirasakan sesuai dengan status saya sekarang sebagai seorang isteri."

"Lagipun pada masa ini saya memang belum ada apa-apa lagi perancangan untuk terus tinggalkan dunia lakonan. Suami saya pun masih lagi izinkan tapi dengan bersyaratlah seperti mana yang saya terangkan tadi"



"Mula-mula tu memang ada perasaan sedikit terkilan sebab suami pada awalnya agak keberatan untuk benarkan saya berlakon dan sebagai seorang isteri saya faham tanggungjawab saya kepada suami lebih besar. Tapi Alhamdulillah suami saya pun sudah mula faham kerjaya saya sebagai pelakon. Dia ada juga nasihatkan saya tentang perlunya memilih sesuatu watak yang diterima suoaya tidak menimbulkan fitnah dikemudian hari." Jelas Raja Farah

Tambah Farah juga, selepas dia telah berhijrah banyak juga aktiviti lakonan yang terpaksa dikurangkan kerana mahu memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga apatahlagi kini dia juga sudah bergelar usahawan melalui perniagaan Raja Farah Collections, minuman ais-krim snogure dan juga produk Herba Life.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan