Nuffnang

Rabu, 21 Ogos 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Lima minit bersama <b>Shaheizy Sam</b> – Perak Today

Posted: 18 Aug 2013 10:22 PM PDT

samfemes

Kami pasti peminat sudah menyaksikan filem "Adnan Sempit 3″ yang telah pun ditayangkan pada Aidilfitri lalu. Filem ini merupakan filem ketiga "Adnan Sempit" mengisahkan tentang Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang berkahwin serentak. Kedua-dua pasangan tersebut perlu menghadapi pelbagai rintangan dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri termasuklah isu kehamilan.

Kami sempat bertemu Shaheizy Sam yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) untuk bertanya mengenai beberapa perkara termasuklah perkembangan wataknya sebagai Adnan, berapa lama dirinya mahu terus setia dengan siri Adnan Sempit dan jenis filem yang digemarinya.

Hai Shaheizy Sam, apa khabar?

Hai, saya sedikit penat tapi baik-baik saja, terima kasih.

Apakah perasaan anda memegang watak Adnan untuk kali ketiga dalam siri filem ini?

Hebat! Memegang watak Adnan adalah sangat santai kerana perwatakan Adnan yang ringkas, kelakar dan bodoh.
Maksud saya, watak Adnan bukanlah teruk, tetapi sifatnya yang sebegitu menjadikan dia seorang monumental. Lagipun, saya tak perlu melakukan aksi-aksi lasak, hanya perlu membuat lawak yang sudah sedia ada dalam skrip bersama beberapa pelakon lain seperti Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along Raja Lawak.

Berapa lama lagi Sam mahu berlakon dalam siri filem ini? Kami dengar filem "Adnan Sempit 4″ dalam pembikinan.

Seberapa lama yang boleh. Seperti yang saya cakap tadi, watak Adnan sangat mudah dan saya boleh menjalani penggambaran filem ini berapa lama yang boleh asalkan jalan ceritanya bagus. Ia sebahagian daripada karier saya sebagai pelakon. Ada orang yang mengenali saya sebagai Sam disebabkan lakonan saya dalam "Songlap" dan ada juga yang hanya mengenali saya sebagai Adnan.

Sam sudah banyak berlakon dalam pelbagai jenis filem, Genre filem apakah yang Sam paling gemari?

Saya sukakan filem drama. Bagi saya, drama sangat dekat dan kena dengan realiti kehidupan kita. Tiada aksi dan tiada lawak dalam kehidupan sebenar bukan bermaksud kehidupan itu tidak realistik tetapi jika anda menonton filem aksi dan romantik, ada potensi untuk filem itu menjadi tidak realistik.
Contohnya, filem "Adnan Sempit 3″ berkisar mengenai kehidupan sebenar alam perkahwinan dan kerjaya, tetapi dalam masa yang sama, lawak yang ditonjolkan agak kasar dan melampau. Mana ada orang yang kena pukul banyak kali tak berdarah dan mana boleh kepala manusia boleh diputar 180 darjah? Dalam filem drama, tidak kiralah bagaimana dramatik pun filem itu sama ada mereka menjerit atau menangis, hakikatnya memang ada orang sebegitu.

Apakah filem terbaru yang Sam tonton dan gemari?

"Stand Up Guys" yang dibintangi oleh Al Pacino dan Christopher Walken. Filem ini tidaklah terlalu hebat tetapi saya suka kerana ceritanya yang tidak terlalu padat dan kelakar.

Apakah filem terbaru anda selepas "Adnan Sempit 3″?

Buat masa sekarang, saya tidak menjalani sebarang penggambaran. Tapi, masih ada beberapa filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini iaitu "Kisah Paling Gangster" pada bulan Oktober, "Manisnya Cinta Di Cappadoccia" dan "Mamak Cupcake". Saya harap anda semua akan menyokong saya!

-Tupai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan