Nuffnang

Rabu, 21 Ogos 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> pengacara AF10? - Utusan Online

Posted: 18 Aug 2013 05:40 AM PDT

ADA desas desus mengatakan pelawak popular, Zizan Razak bakal menjadi pengacara untuk rancangan pertandingan menyanyi realiti Akademi Fantasia kesepuluh (AF10).

Miss J dapat tahu berita itu telah mengundang pelbagai reaksi. Ada orang yang menyokong. Tapi ramai juga yang membantah jika Zizan jadi pengacara AF10.

Ada yang kata lebih baik kekalkan pengacara asal iaitu Datuk Aznil Nawawi daripada lantik Zizan.

Bukannya apa... mungkin mereka tak setuju dengan Zizan kerana merasakan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu tidak layak mengendalikan program yang melahirkan ramai pelapis penyanyi sebelum ini.

Apa yang merisaukan andai program itu akan jadi carca marba dan lari daripada tujuan asal untuk melahirkan penyanyi profesional.

Silap hari bulan lebih ramai pelawak berbanding penyanyi. Macam mana itu? Risau juga kalau Zizan sudah kehabisan idea untuk menceriakan program tersebut.

Sebab dia juga bertindak sebagai pengacara di sebuah program hiburan. Jadi wajahnya itu sudah tidak lagi eksklusif. Cukup-cukuplah di stesen TV itu.

Itu hujah-hujah yang diberikan oleh mereka yang kurang setuju jika Zizan dipilih menjadi pengacara AF musim baru. Miss J hanya mendengar sahaja. Tak apalah nanti Miss J cuba risik-risik apa pula kata Zizan dan pihak penerbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan