Nuffnang

Selasa, 10 September 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b>, Pendekar Aliman Alicafe Tongkat Ali - kepala bergetar

Posted: 04 Aug 2013 02:56 PM PDT



Fahrin Ahmad dilabel sebagai artis yang berani mengejar impian, bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan aktif bersukan melayakkannya dipilih sebagai duta jenama rangkaian Alicafe Tongkat Ali oleh Kumpulan Power Root, baru-baru ini.

Pengerusi Kumpulan Power Root, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah berkata, percaya pemilihan Fahrin akan membantu pihaknya untuk menyampaikan kelebihan produk Alicafe Tongkat Ali serta menjadi model kepada rakyat Malaysia.

"Fahrin adalah artis tempatan yang berimej positif dan dengan imej sedemikian berjaya membantunya meningkat dan mengekalkan reputasinya dalam kalangan masyarakat. Atas sebab inilah kita memilih dia sebagai duta," katanya dalam majlis pelancaran produk baru Alicafe Tongkat Ali, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Power Root, See Thuan Po dan Fahrin sendiri. Tengku Shamsulbhari berkata, nilai murni dalam kalangan orang ramai semakin berkurangan sejak kebelakangan ini dan berharap dapat menerapkan nilai positif dalam kala–ngan masyarakat sambil memberi inspirasi kepada mereka yang memerlukannya.

Dalam majlis itu, Fahrin turut tampil dengan gaya pahlawan seiring dengan watak ciptaan Kumpulan Power Root iaitu Pendekar Aliman.

Menurut Tengku Shamsulbhari, Pendekar Aliman dicipta bagi mewakili nilai murni yang ada di dalam perkataan 'kuat' daripada slogannya 'Kuat, Kecergasan Berganda'.

"Kuat' itu membawa maksud Keberanian, Usaha, Akhlak dan Taat," katanya.

Alicafé Tongkat Ali bukan sekadar kopi biasa kerana ia mengandungi Tongkat Ali dan Ginseng untuk membekalkan tenaga yang berganda kepada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan