Nuffnang

Ahad, 8 September 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Foto: <b>Nora Danish</b> & Nedim Berseronok, Penuh Romantik di Bali

Posted: 13 Aug 2013 05:14 PM PDT

  
Wednesday, 14 August 2013 08:14

Hubungan aktres Nora Danish dan Nedim bukan lagi rahsia selepas berlegar gossip mengatakan mereka bercinta gara-gara sekeping gambar yang dimuatkan Nora di akaun Instagramnya, beberapa bulan lalu. Pun begitu, dalam kenyataan sebelum ini, pelakon Ijab & Kabul itu ada menyebut yang dia dan jejaka yang juga merupakan anak seorang menteri itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu.

Terbaru, nampaknya mereka berdua kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin. Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan-rakan lain, tetapi kali ini Nora Danish melalui akaun Instagramnya lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja - penuh romantik.

Pasangan ini bagaimana pun difahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut disertai oleh anak Nora Danish, Rayqal, ibu Nora dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat.

- kredit foto-foto: Instagram Nora Danish

Tiada ulasan:

Catat Ulasan