Nuffnang

Ahad, 8 September 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Terkejut Bront Palarae Berkahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Sep 2013 12:29 AM PDT

Susulan berita mengejut perkahwinan pelakon Bront Palarae baru-baru ini, GUA telah mendapatkan komen daripada pelakon Remy Ishak yang merupakan rakan akrab kepada aktor  itu. Kedua pelakon hebat ini pernah bergandingan membintangi filem 'Jiwa Taiko' dan siri drama 'Sindarela'.

Begitupun, di sebalik keakraban dua pelakon ini, Remy melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja dikhabarkan GUA tentang berita perkahwinan tersebut.

"Saya sangat terkejut sebab memang tidak tahu menahu tentang hal perkahwinan Bront. Tak ada pula dia beritahu saya yang dia akan berkahwin dalam masa terdekat. Mungkin sedikit masa lagi saya akan cuba menghubungi Bront dan sahkan sendiri berita ini dari empunya badan", kata Remy.

Mengulas mengenai tindakan Bront berkahwin secara rahsia itu, Remy beranggapan mungkin majlis tersebut telah dibuat khas untuk dihadiri oleh saudara mara yang terdekat sahaja.

Remy ditemui di majlis pelancaran Kejohanan Cabaran Dashing - Neon Futsal anjuran Dashing For Men pada Selasa. Kejohanan futsal unik yang telah masuk musim ke-2 ini bakal menyaksikan Remy, bersama-sama pengacara Henry Golding bergandingan di padang futsal neon dalam satu pasukan All-Stars di peringkat akhir pada Disember nanti.

Wajah Dashing For Men selama tiga tahun ini juga akan membuat penampilan di beberapa lokasi dalam siri jelajah promosi kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon kacak ini turut berkongsi perkembangan terbaru karier seninya.

"Saya baru sahaja selesai penggambaran sitkom berjudul "Oh Bama!" untuk siaran RTM. Sitkom 26 episod terbitan Suhan Movies ini bakal menampilkan saya sebagai pendidik. Sebagai Cikgu Baharom, saya adalah seorang guru Bahasa Malaysia yang serius di dalam kelas, tetapi mempunyai sisi lucu ketika bersama pelajar", ujar Remy yang menyifatkan pengalaman pertama kali berlakon dalam siri sitkom sebagai menyeronokkan.

Wajah Remy juga bakal menghiasi pawagam sedikit masa lagi untuk filem CEO.  Filem genre komedi yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Deanna Yusoff itu kini sedang giat menjalani proses pos produksi dan dijangka menemui penonton lewat 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan