Nuffnang

Ahad, 15 September 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Terlalu Kecewa, <b>Syamsul Yusof</b> Nekad Berhenti Mengarah Filem <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 08:39 PM PDT

ohartis-syamsul-yusof-berhenti-mengarah-filem-1

Semalam berlangsungnya malam pra tonton Filem KL Gangster 2 arahan pengarah muda Syamsul Yusof. Namun kelibat Syamsul tidak kelihatan di majlis berkenaan. Kami dimaklumkan Syamsul tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih lagi dalam keadaan tertekan.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam bahawa anaknya Syamsul telah menyatakan hasrat untuk berhenti mengarah filem selepas ini kerana terlalu kecewa dengan apa yang terjadi kepada karyanya yang ke lapan itu. Perkara itu amat merungsingkan beliau.

"Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

"Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya.

"Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal", dedah Datuk Yusof Haslam mengenai luahan anaknya.

Tambah pemilik empayar pengeluar filem, Skop Production ini lagi, sekiranya anaknya itu tetap dengan keputusan mahu mengundur daripada dunia bikinan filem ia merupakan satu kehilangan besar pada industri perfileman tanah air. Apatah lagi Syamsul sebelum ni pernah mencipta beberapa rekod kejayaannya sebagai pengarah muda berpotensi tinggi.

"Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Selama ini saya bangga dengan dia.

"Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tak putus asa. Saya ada pujuk dia, saya katakan pada dia yang saya akan berjuang habis-habisan. Malah adiknya Syafiq pun cuba memujuk dia agar jangan undur diri", katanya.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan kes sabotaj tersebut, Datuk Yusof memberitahu siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.

"Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa.

"Kita redha dengan ujian Allah ini. Yang mana dah bocor, bocor lah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam.

"Saya akui dengan isu ini kutipan akan terjejas. Tapi kita terima. Namun ia tak mematahkan semangat saya, anak saya dan Skop Production. Saya tak akan berhenti! Saya akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!", katanya.

OHARTIS: SIAPAPUN BERADA DITEMPAT SYAMSUL YUSOF PASTI MERASAI BENDA YANG SAMA. NAMUN KAMI DOAKAN SEMOGA SYAMSUL TERUS TABAH DAN KUAT MENGHARUNGI DUGAAN SEBAGAI ANAK SENI YANG BERJIWA BESAR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan