Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


"Balada Pencinta" garapan terbaru Khir Rahman - Tupai - Ada <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 02:00 AM PDT


Pengarah filem "Balada Pencinta", Khir Rahman nyata berpuas hati dengan garapan terbarunya yang diterapkan dengan menggunakan unsur komersial dan seni.

"Alhamdulillah, saya gembira filem ini diterapkan mengikut cara saya yang tersendiri kerana saya mahu lari sedikit daripada pendekatan metafora seni dalam filem. Tetapi saya masih lagi mengekalkan konsep seni, namun saya mengubah strategi pengarahan dengan menerapkan elemen komersial pula," ujar Khir yang ditemui pada majlis pratonton filem "Balada Pencinta" di Cathay Cineplex ECurve, semalam.

Menurut Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman, beliau memberikan fokus terhadap dunia cinta remaja yang penuh dengan kebahagiaan dalam jiwa, dan pada setiap babak dalam filem itu beliau cuba memasukkan momen cinta pasangan manusia sebenar.

Tambah Khir lagi, cabaran dalam menjayakan filem ini adalah mahu menggabungkan elemen seni dan komersial kerana ia memerlukan keseimbangan plot cerita dan sinematografi.

"Saya harap dengan pembaharuan yang saya bawakan dalam filem terbaru saya ini dapat mendidik masyarakat untuk memahami lebih mendalam tentang seni filem dan percaya "Balada Pencinta" sebagai permulaan pertama untuk mengajar penonton."

Filem terbitan Grand Brilliance (GB) ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Johan As'ari, Faizal Hussein, Siti Saleha, Sein Ruffedge, Bell Ngasri dan Azhan Rani.

Filem aksi-romantik ini bakal menemui penonton pada 24 Oktober ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan