Nuffnang

Rabu, 23 Oktober 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tiada Perancangan Kahwin - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 09:20 AM PDT

Mac lalu, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein enggan mengulas lanjut tentang status pertunangannya dengan pengarah, Azmi Hatta yang dikhabarkan telah terputus di tengah jalan. Ketika itu, Elly memberitahu pihak media dia lebih senang merahsiakannya.

Terbaru, Elly mendedahkan hubungannya bersama tunang tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berlangsung seperti biasa. Namun mengakui mereka masih belum ada perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Hubungan saya dengan dia masih macam biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tiada lagi perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua. Saya akan umumkan kalau sudah sampai waktunya," tutur Elly menyusun bicara.

"Kepada sesiapa yang buat cerita terbabit (putus tunang), saya nasihatkan supaya mereka cuba lagi. Kalau mereka rasakan apabila mereka buat spekulasi mengenai saya, boleh membuatkan mereka bahagia, saya pun tumpang bahagia untuk mereka. Sejujurnya, hubungan saya dan dia berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa yang berlaku," tegas Elly lagi.

Bercerita tentang jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Elly memberitahu sepanjang bulan puasa ini, dirinya ligat menjalani penggambaran drama 40 episod untuk tayangan RTM sehingga tidak punya masa untuk berehat.

"Saya menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod yang berjudul 'Mencari Cinta' di samping Fizz Fairuz, Tania Hudson, Aripah Damanhuri dan ramai lagi untuk tayangan TV1 nanti. Sebenarnya, drama ini sudah mula menjalani proses penggambaran semenjak bulan April lagi. 50 peratus penggambaran diadakan di Malaysia dan 50 peratus lagi dijalankan di Amsterdam. Kini tinggal beberapa babak sahaja yang berbaki untuk saya selesaikan. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini, saya sibuk dengan penggambaran," jelas pelantun lagu 'Bungaku Bakawali' ini.

"Selain itu, saya juga sempat mencuri masa dengan menjalani penggambaran telemovie dan program hiburan sempena ketibaan Syawal nanti. Antaranya, program 'Raya Sama Sama' yang bakal disiarkan di RTM. Bagi saya, program ini sangat menarik kerana program ini mengumpulkan lebih 150 orang artis senior dan baru dalam satu program," jelas Elly yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Program itu memberi peluang untuk saya mengenali artis-artis senior. Saya seronok dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan mereka. Selain itu, saya rasa gembira kerana dapat bertemu dengan penyanyi-penyanyi asal lagu raya klasik dalam program terbabit. Antara artis senior yang saya temui pada rakaman program tersebut adalah Norshila Amin dan Razis Ismail," cerita Elly teruja.

Bercakap mengenai 'single' terbarunya yang berjudul 'Sabarlah Hati' yang dicipta oleh Manusia Putih, Elly menjelaskan yang dia amat bersyukur kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selepas sambutan Syawal, Elly bakal mempergiatkan lagi promosi 'single' terbarunya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan