Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Cikgu Pilihan Isteri <b>Fahrin Ahmad</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 09 Oct 2013 06:30 PM PDT

Pada: Khamis, 10 Oktober 2013 Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti disebabkan ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

Nah memang untung dan sekarang cikgu-cikgu bujang pastinya tak senang duduk sekarang ni, mungkin cuba nak cari jalan nak berkenalan dengan Fahrin kan. Hehe.

"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

"Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal

"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.

"Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,

"Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai,

"Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

"Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," -Fahrin. Mstar

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan