Nuffnang

Ahad, 20 Oktober 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Lepas mandat AF 2013! | 1 Malaysia News - Berita <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 06:23 PM PDT

Views: 279 views

Rating:

"BUKAN mudah menjadi seorang 'Inspirer' untuk melatih pelajar dan menggilap mereka menjadi bintang," itulah luahan Faizal Tahir yang bersedia menyerahkan tanggungjawabnya kepada bintang ternama dari Seberang, Melly Goeslaw, untuk menerajui Akademi Fantasi musim terbaru (AF2013).

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal yang sebelum ini dilantik sebagai 'Inspirer', bersama dua nama besar, Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow bagi program realiti tersebut, sudah berusaha keras selama tiga minggu bagi menggalas tanggungjawab penting membentuk bintang realiti AF 2013 menjadi pelapis untuk hiburan seni tanah air.

Menurutnya, walaupun baru sahaja berpeluang mengenali mereka dan tahu sedikit sebanyak genre yang boleh dibawa oleh setiap pelajar AF, namun dia yakin sudah memberikan yang terbaik.

"Saya dengan rendah hati menyerahkan tanggungjawab ini kepada Melly Goeslaw yang mempunyai banyak pengalaman dan berkredibiliti lebih daripada saya.

"Dengan waktu yang cukup singkat, saya sudah memberikan yang terbaik dan berkongsi pengalaman yang saya ada untuk membentuk mereka semua," katanya yang agak terkilan kerana diberikan masa yang singkat untuk bersama-sama bakal bintang realiti TV ini.

Faizal berkata, dia telah menekankan aspek membentuk pelajar AF bermula dari sikap, tanggungjawab dan karakter sebelum mereka memulakan langkah untuk menjadi bintang dan pelapis dalam dunia hiburan.

Penyanyi versatil ini membuktikan sikap dan tanggungjawab adalah penting bagi pelajar AF memulakan tugas mereka sebagai  pelajar di akademi sekali gus perkara tersebut dapat membantu mereka berjaya sebagai pelapis baru.

"Apa yang saya pentingkan adalah sikap dan tanggungjawab mereka menggalas tugasan yang diberikan.

"Ternyata, sekiranya mereka punya disiplin dan menunjukkan kesungguhan dalam menggalas tugasan yang diberikan, "Insya-ALLAH, mereka boleh menjadi pelapis hiburan tanah air sekali gus memberikan saingan kepada penghibur yang telah sedia ada," katanya yang diumumkan meninggalkan akademi selepas 3 minggu bersama pelajar AF.

Katanya, proses ini sememangnya yang tidak boleh dipandang remeh kerana untuk membentuk pelajar yang sangat baru sebagai pelapis di dalam industri bukan kerja yang mudah.

Menurut Faizal, sepanjang tiga minggu pertama ini dia sudah memberikan tunjuk ajar yang terbaik walaupun dalam masa yang singkat tidak cukup baginya menurunkan ilmu dan pengalaman sepenuhnya kepada pelajar.

Bagaimanapun, dia cukup berbangga dengan kebolehan dan apa yang dilakukan oleh pelajar AF yang dikatakan telah menyahut apa jua cabaran yang diberikan untuk keluar dan menonjolkan mereka sebagai bintang.

"Kita jangan membandingkan AF lepas dan kini, kerana setiap kali penganjuran AF, ramai bintang yang keluar menjadi penghibur.

"Saya yakin, melalui 'Inspirer', tenaga pengajar dan juri, kita mampu melihat kematangan dan menggilap pelajar-pelajar ini menjadi bintang," katanya yang mengakui kesemua pelajar sudah nampak kekuatan mereka membawa setiap genre yang bersesuaian.

Masih terima kritikan

Tiga minggu bersiaran, menyaksikan kesemua pelajar AF 2013 masih menerima kritikan hebat dari tiga juri tetap,

Roslan Aziz, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani. Mengulas mengenai situasi itu, Faizal mengakui kesemua ulasan yang diberikan juri sangat bertepatan dengan apa yang tidak dapat dilakukan pelajar, semasa dia menggalas tugasan sebagai Inspirer.

"Saya mengakui, semua kritikan yang dibuat oleh juri adalah tepat. Saya sendiri melihat masih banyak yang perlu diperbetulkan dan dipelajari oleh pelajar-pelajar ini.

"Saya harap selepas ini, banyak lagi yang dapat dikongsi para pelajar dengan Inspirer lain seperti Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza," katanya yang cukup berpuas hati dengan format penganjuran AF pada kali ini yang memberi kelainan perbezaan sekali gus menjadi tarikan kepada penonton.

Menurut Faizal, dengan bantuan tenaga pengajar seperti, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi sebagai guru vokal dan 3 pengajar baru iaitu Alam Wakaka dan Suhaili sebagai Koreografi serta  pelakon, Fizz Fairuz sebagai guru seni  persembahan, dapat memberi manfaat dan pelajaran baru kepada pelajar AF.

Azhael undian tertinggi

Konsert kali ini menyaksikan 'dou' Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi atau Azhael mendapat pujian juri selain undian tertinggi setiap minggu. Percaturan terbaru dalam membawakan irama pop dan balada ternyata lebih sesuai dengan vokal dan gandingan mereka berdua.

"Kami cuba menerima sesuatu yang baru tetapi apabila mengambil ilmu yang diturunkan oleh abang Faizal, kami tahu genre mana yang sesuai untuk kami.

"Dan kami sangat selesa dengan genre ini. Tetapi tidak semestinya kami tidak mahu membawakan genre lain. Ini adalah cabaran kami untuk bergelar penyanyi yang versatil," kata mereka.

Menyentuh mengenai persaingan dalam kumpulan, Azhael mengakui kumpulan 'duo' adik beradik Irmisa iaitu Irsa dan Irmiza Sahabudin merupakan persaingan dalam mengharungi cabaran mereka dalam program itu.
"Bagi saya, kumpulan Irmisa adalah persaingan kami kerana kebolehan dan vokalnya yang mantap. Persaingan ini adalah secara sihat dan kami percaya dengan adanya persaingan seperti ini dapat membantu kami melakukan yang terbaik," katanya.

Dua lagi peserta solo yang dilihat akan memberikan persaingan sengit dalam AF 2013 ialah adik kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Aishah atau Nur Aishah Aziz, 19, dan Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 23, yang sentiasa menunjukkan persembahan konsisten setiap minggu.

Sementara itu, Muhammad Ikhtiman Che Ismail,23, atau Iman, terpaksa akur apabila diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir untuk konsert yang ketiga.

"Saya menerimanya dengan hati terbuka walaupun hari ini komen juri berpihak kepada saya, namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam meraih tempat dalam industri ini," kata Iman.

Incoming search terms:

  • faizal tahir keluar dari af
  • punca faizal tahir keluar af
  • aishah aziz af
  • Faizal Tahir AF 2013
  • mohd azhar osman af 2013

Berita berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan