Nuffnang

Ahad, 6 Oktober 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Hans Isaac</b> Beralih Ke Singapura - Gua.com.my

Posted: 18 Sep 2013 11:37 PM PDT

Penerbit, pelakon serta pengarah filem, Hans Isaac sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk tidak menerbitkan filem lagi untuk jangka masa lima atau enam tahun akan datang gara-gara terkilan apabila filem terbarunya, 'Lemak Kampung Santan' tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

Namun, tidak sampai sebulan perkara tersebut disuarakan, pengarah 'Cuci The Musical' yang ditemui ketika sidang media 'Lawak Ke Der 3' di Istana Budaya, pada petang Rabu, memberitahu dia bakal tampil dengan sebuah filem terbaru pada bulan Februari tahun depan berjudul, 'Carmina'.

"Saya tidak akan tukar keputusan saya sebelum ini iaitu untuk tidak terbitkan filem lagi di Malaysia. Saya masih tetap dengan pendirian saya. Namun, saya akan muncul dengan sebuah filem Inggeris pada Februari tahun depan di mana ia bukan untuk pasaran industri Malaysia tapi untuk festival antarabangsa.

Filem 'Carmina' mengisahkah tentang kisah mendiang ibu saya, Carmina Anciano Isaac selain mengenai apa yang berlaku dalam hidup saya. Filem ini tiada unsur komersial dan merupakan sebuah kisah emosional," ujar Hans menafikan menghasilkan filem tersebut sebagai tanda protes terhadap industri filem Malaysia.

"Saya tidak protes industri filem negara, tetapi saya jumpa cara lain untuk buat filem. Saya akan jalani penggambaran filem ini di Singapura kerana di sana bebas untuk buat apa yang kita nak. Filem saya agak sensitif dan saya tahu wajib tayang tidak boleh terima cerita sebegini.

Negara kita ada banyak lesen, syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi, jadi kerana tidak mahu melanggar peraturan serta tidak mahu cerita ini dipotong, saya akan buat filem ini di Singapura. Lagipun filem serius begini tidak dapat pasaran di Malaysia, jadi kenapa saya nak habiskan duit untuk hasilkan filem sebegitu di sini," katanya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan