Nuffnang

Khamis, 24 Oktober 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Datuk Yusof Haslam Komen Isu <b>Syamsul Yusof</b> vs <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2013 09:58 AM PDT

Lagi isu artis menggunakan media sosial sebagai medium untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Terbaru membabitkan pengarah muda, Syamsul Yusof dan Sharifah Amani.

Semuanya bermula gara-gara tulisan Sharifah Amani di laman Twitter miliknya yang seolah-olah berasa tidak adil apabila filem lakonannya,  'Psiko Pencuri Hati' mendapat klasifikasi PG18 walhal filem arahan Syamsul, KL Gangster 2 yang dilihat lebih ganas hanya mendapat PG13.

Dalam pada 'kehilangan' Syamsul yang masih kecewa kerana filemnya disabotaj dan menjadi jenayah siber, jejaka ini tiba-tiba mencuri perhatian ramai apabila membalas pedas kenyataan anak Fatimah Abu Bakar itu dengan melabelkan Sharifah Amani sebagai kurang ajar serta biadab kerana menggunakan bahasa yang kasar.

GUA berpeluang bertemu dengan bapa Syamsul ketika sidang media di Finas, petang Selasa dan kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan kepada Datuk Yusof Haslam mengenai tindakan anaknya yang menempelak pelakon 'Sepet' itu.

"Maaf, kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai perkara ini namun, saya tidak salahkan Syamsul kerana saya faham hati dia tengah bergelora sekarang," ujar Datuk Yusof Haslam ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan