Nuffnang

Selasa, 29 Oktober 2013

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Vanidah Imran</b> & Sofia Jane Cakap Kelantan - Gua <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2013 09:37 PM PDT

Teater tari tradisional Mak Yong yang semakin dilupakan oleh generasi muda bakal dipentaskan untuk kali kedua di Istana Budaya pada hujung November hadapan. Dalam usaha menarik golongan ini menonton seni kebudayaan negara, teater 'Mak Yong Kesaktian Anak Raja Gondang' diberi nafas baru dengan menggunakan teknologi yang terdapat di Istana Budaya.

Menurut pengarah Fatimah Abdullah, walaupun teater Mak Yong kali ini ada perubahan dari segi teknikal, namun keasliannya seperti lenggok tari, tutur dialek Kelantan dan jalan cerita masih dipelihara.

"Perubahan yang dibuat pada teater Mak Yong kali ini hanya berbentuk teknikal. Pementasan kali ini lebih megah kerana menggunakan teknologi yang terdapat di Istana Budaya. Ia tidak keterlaluan dan nilai asli Mak Yong itu sendiri masih dikekalkan. Jika pada zaman dahulu sudah ada teknologi yang pada masa sekarang, dah tentu penggiat Mak Yong dahulu juga akan menggunakannya," jelas Fatimah.

Sementara itu, nama besar seperti Vanidah Imran dan Sofia Jane juga dijangka dapat menarik lebih ramai penonton untuk menonton teater tradisional ini.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, kedua aktres ini dipilih kerana kesanggupan mereka memartabatkan seni kebudayaan ini yang semakin dipinggirkan.

"Sebenarnya kami dah lamar Vanidah dan Sofia sejak dua tahun lepas. Namun, hanya baru sekarang mereka dapat memberikan sepenuh komitmen untuk teater ini. Kami dapati Sofia tiada masalah untuk berlakon teater ini dan bertutur dalam dialek Kelantan kerana suaminya orang Kelantan. Tapi agak sukar buat Vanidah. Setelah menjalani beberapa latihan, Vanidah sudah ada banyak peningkatan," kongsi Datuk Juhari.

Tambah Datuk Juhari, Istana Budaya dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan berkerjasama bagi memartabatkan seni tradisional yang terdapat di Malaysia.

"Setiap tahun, wajib ada sekurang-kurangnya satu persembahan tradisional di Istana Budaya. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial untuk mengangkat seni tradisional. Ia tidak bertujuan mengaut keuntungan. Jika bukan Istana Budaya, siapa lagi yang akan memartabatkan kebudayaan negara," ujar beliau.

Teater tari tradisional 'Mak Yong Kesaktian Anak Raja Gondang' akan mula dipentaskan pada 29 November hinggan 2 Disember ini. Harga tiket bernilai RM33, RM53, RM75, RM103, dan RM253. Layari www.airasiaredtix.com atau hubungi 03-40265555 untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan