Nuffnang

Sabtu, 30 November 2013

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Foto: <b>Fouziah Gous</b> Sambut Raya Haji Bersama Suami | Portal <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2013 09:27 PM PDT

Foto: Fouziah Gous Sambut Raya Haji Bersama Suami

Memandangkan Fouziah Gous dan suaminya baru sahaja mendirikan rumahtangga bulan lepas, maka pasangan ini telah mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama.

Jika anda mengikuti perkembangan Fouziah di Instagram, pasti dapat melihat foto-foto dan video yang dimuat naik oleh pengantin baru itu sepanjang berada di kampung suaminya di Kota Bharu.

Seperti yang anda sedia maklum, sambutan Raya Haji di pantai timur sememangnya lebih meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Foto: Fouziah Gous Sambut Raya Haji Bersama Suami

Kerana itu juga, Fouziah nampaknya tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalaman melihat lembu disembelih dan dilapah oleh suaminya bersama peminat.

Dalam masa yang sama, Fouziah dilihat tidak kekok dalam menyediakan bahan-bahan dan memasak daging tersebut sambil ditemani ibunya.

Bagi peminat-peminat Fouziah, di sini OHBULAN! sertakan video dan foto pelakon kesayangan anda menyambut raya di Kelantan untuk tatapan anda.

Foto: <b>Fouziah Gous</b> Berbulan Madu Atas Kapal Mewah | Portal <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 08:44 PM PDT

Foto: Fouziah Gous Berbulan Madu Atas Kapal Mewah

Kebiasaannya, pasangan pengantin baru akan terus berbulan madu sebaik sahaja majlis perkahwinan selesai, namun tidak buat Fouziah Gous dan suaminya Zhafran Yusof.

Pasangan yang baru bergelar suami isteri pada bulan September yang lepas ini baru sahaja berpeluang untuk menikmati bulan madu mereka kira-kira tiga hari lalu.

Mungkin Fouziah menunggu masa yang sesuai selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga belah suaminya di Kelantan tempoh hari.

Apa yang menariknya, mereka memilih percutian di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra yang mana telah membawa mereka ke beberapa destinasi dari Penang ke Phuket dan Krabi.

Foto: Fouziah Gous Berbulan Madu Atas Kapal Mewah

Sepanjang pelayaran, Fouziah dan suaminya dilihat cukup seronok menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di atas kapal tersebut.

Malah, SuperStar Libra juga menyediakan sebuah bilik penginapan bulan madu yang cukup romantik khas buat pasangan ini.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Fouziah di Instagram, OHBULAN! difahamkan bulan madunya itu turut dirakam untuk tayangan episod baru program Romantika.

Bagi yang belum melihat betapa seronoknya percutian bulan madu Fouziah Gous dan suaminya, di sini kami sertakan beberapa keping foto dan video untuk tatapan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan