Nuffnang

Selasa, 5 November 2013

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Bayi Itu Anak Kenalan Saya - <b>Jue Aziz</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 12 Sep 2013 08:33 PM PDT

Bayi Itu Anak Kenalan Saya   Jue Aziz

Awal pagi semalam OHBULAN! baru sahaja berkongsi beberapa foto comel Jue Aziz bersama seorang bayi lelaki bernama Darwisy.

Susulan perkongsian tersebut, ramai mendakwa bayi itu sememangnya anak kepada pelakon tersebut dan bukan anak angkat seperti yang dilaporkan.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, Jue akhirnya tampil memberi penjelasan menerusi sebuah akhbar tempatan hari ini, di mana menurut pelakon filem Hantu Bonceng itu Darwisy sememangnya anak angkatnya dan ibu bapa bayi tersebut terdiri daripada keluarga susah.

Sudah hampir setahun saya menjaganya, nama dia Darwisy Naufal. 26 September ini genaplah setahun usianya. Dia adalah anak kenalan saya, ibu bapanya orang susah, jadi saya ambil dia sebagai anak angkat saya.

Jika benar Darwisy itu anak saya, tidak tergamak untuk saya menidakkan kehadirannya dalam hidup saya. Saya bukan sekejam itu.

Bayi Itu Anak Kenalan Saya   Jue AzizComel je Darwisy minum susu kan?

Berkongsi lebih lanjut mengenai bayi comel itu, Jue akui telah menyusukan Darwisy untuk beberapa kali dan menjalani urutan tertentu bagi memastikan dirinya mempunyai susu badan yang cukup.

Alhamdulillah, saya dapat menyusukan dia sehingga kenyang untuk beberapa kali bagi memenuhi syarak. Selain itu saya turut berurut bagi memastikan saya ada susu badan yang cukup.

Bagaimanapun, kini Jue sudah berhenti memberikan susu badan kepada Darwisy dan bayi comel tersebut difahamkan hanya minum susu formula seperti kanak-kanak lain.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan