Nuffnang

Jumaat, 22 November 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Remy Ishak</b> Bawa Diri Ke Kampung - Gua.com.my

Posted: 14 Nov 2013 08:00 AM PST

Kebelakangan ini agak jarang peminat seni tanah air disajikan dengan kisah daripada pelakon popular, Remy Ishak. Menurut pemuda berusia 31 tahun ini, dia kini lebih selesa untuk bersikap 'low profile' kerana ingin memberi tumpuan terhadap karier seninya.

"Saya dari dulu begini, suka low-profile. Saya lebih selesa dan seronok dalam keadaan macam ini. Alhamdulillah, mungkin disebabkan makin lama berada dalam industri, jadi saya semakin matang. Lagipun, bila terlalu terdedah dengan dunia luar, masyarakat akan nilai tak tentu pasal tentang kita, jadi lagi bagus saya bawa diri.

"Saya suka berada dalam dunia saya sendiri dan saya rasa lebih elok begitu. Saya lebih tenang dari dulu dan hanya suka dengan perkara yang melibatkan kerja. Apabila tiada kerja, saya suka berehat di rumah, melakukan aktiviti bertukang dan adakalanya saya akan menghabiskan waktu dengan pergi ke kampung dan melakukan aktiviti dengan masyarakat di sana," ujar Remy menafikan sering ke kampung kerana mempunyai seseorang yang istimewa di sana.

"Saya masih sendiri kerana mahu lebih fokus terhadap kerja. Saya mahu mencari kestabilan dalam hidup dulu sebelum mahu menstabilkan diri orang lain. Saya tak mencari namun bab jodoh, adalah juga saya kenal dengan kawan-kawan. Mengenai pemilihan wanita, saya terima apa saja rezeki yang Tuhan hantar kepada saya," ujar Remy ketika ditemui di sidang akhbar Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini.

Remy dicalonkan dalam ASK 2013 menerusi kategori Pelakon Lelaki Filem Terbaik bagi filem '29 Februari'. Remy bakal bersaing dengan Adi Putra (Langgar), Shaheizy Sam (SAM), Redza Minhat (Kil) dan Que Haider (Rock Oo) dalam kategori tersebut.

"Ini merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan buat saya dan saya berterima kasih kerana dipilih sekali lagi. Saya tak meletakkan apa-apa harapan kerana semua calon dahsyat dan bagus-bagus belaka. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi namun jika ada kemenangan, ia satu anugerah buat saya," ujar Remy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan