Nuffnang

Isnin, 16 Disember 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


PENJELASAN <b>FIDA IBRAHIM</b> BERHUBUNG DAKWAAN CEMAR <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 07:29 PM PST

Nampaknya bukan senang nak jadi selebriti. Silap langkah boleh jadi bahan kritikan orang. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim. Boleh dikatakan sejak Fida menjerumuskan diri ke arena hiburan, pelbagai versi kontroversi sudah dia lalui termasuklah gosip cinta, disiplin dan sebagainya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Terbaru, Fida kini dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung. Kononnya penampilan yang dibawa oleh Fida telah mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.

Apa kata Fida Ibrahim?

fida ibrahim

"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya. Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya. Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," jelas Fida mengenai isu berkenaan dipetik portal gua.com.my.

Alahai, kesian pula pada Fida. Begitulah resam dunia hiburan. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Apapun harap Fida banyakkan bersabar dan terus berusaha untuk menjernihkan kembali imejnya agak lebih dihormati dan disegani bukan sekadar sebagai selebriti tetapi sebagai seorang WANITA… Insya ALLAH…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Ibnu Hasyim: Ini, Cabaran Artis Bertudung.. <b>Fida Ibrahim</b>

Posted: 16 Dec 2013 05:45 AM PST



HALAMAN HIBURAN
Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.

Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Pandu Selamat' MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA.Com.my. sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.

"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.

Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi. Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mempertahankan pakaian menutup aurat di dunia artis adalah sebuah perjuangan yang bukan kecil. Perlu bergerak di atas landasan syariat! Tak sama mata memandang dengan bahu yang memikul..

IKLAN  
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan