Nuffnang

Sabtu, 7 Disember 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Kenyataan David Teo Seperti Memijak Saya – <b>Hans Isaac</b> |

Posted: 15 Aug 2013 08:57 PM PDT


Kesiannya menjadi seseorang yang bernama Hans Isaac sekarang ini. Sudahlah filem terbitan tidak berapa laku di pawagam, hati pula terguris apabila David Teo mengeluarkan kenyataan filem Adnan Sempit 3 berjaya mengenepikan filemnya.
adnan
Untuk makluman, Adnan Sempit 3 dan Lemak Kampung Santan ditayangkan serentak pada 1 Syawal. Berbanding kutipan rendah Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 telah pun berjaya mengutip RM2.3 juta. Satu angka yang sangat memberangsangkan dan pastinya menguntungkan David Teo selaku penerbit.

adnan sempit 3

Kecewa dengan kenyataan David Teo, Hans Isaac berkata kepada Sinar Harian:-

Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya.

Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu

hans isaac
Hmmm. Rasanya perkara seperti ini boleh dibawa berbincang antara Hans Isaac dan David Teo. Lagipun kita pun tak tahu yang bahasa Melayu David Teo kadang kala tidak berapa tepat penggunaanya. Tak perlu gaduh-gaduh. Anda berdua cari makan di industri yang sama. Lebih baik berdamai dan berbincang mengenai strategi memikat hati penonton ke pawagam. Tak gitu?

P.S: Harga Toyota Vios 2013 diumumkan

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan