Nuffnang

Ahad, 29 Disember 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>INTAN LADYANA</b> SERIK ADA PENGURUS - Blog Mazeer

Posted: 18 Nov 2013 07:00 PM PST

INTAN LADYANA AKUI SERIK ADA PENGURUS | Sejak kebelakangan ini, jarang sekali GUA nampak pelakon Intan Ladyana hadir ke majlis-majlis hiburan dengan pengurus wanitanya. Setelah dirisik-risik, rupa-rupanya Intan sekarang tidak lagi bersama dengan pengurusnya itu.
Lebih memeranjatkan GUA, ada sumber mengatakan pengurus tersebut telah memburukkan nama Intan serta menggunakan namanya untuk menipu duit peminat bagi kepentingan peribadi. GUA berpeluang untuk berjumpa dengan Intan baru-baru ini bagi bertanyakan kepadanya mengenai perkara tersebut.
"Sebenarnya saya tak nak sentuh sangat mengenai perkara ini kerana takut nanti mengaibkan nama orang. Biarlah pihak sepatutnya yang mengendalikan perkara ini dan kebenaran akan terbukti juga nanti. Orang tak salahkan saya kerana mereka tahu saya tidak bersalah.
Saya pun dah bersihkan nama saya dan tunggulah pihak tertentu untuk selesaikan perkara ini. Saya tak boleh nak cakap lebih-lebih dan jika nak tahu kenalah tanya pihak itu sendiri," ujar Intan sambil mengakui mempunyai perselisihan faham dengan pengurusnya itu.
"Tidak dinafikan mestilah ada perselisihan faham, tapi saya buat kerja secara telus. Jika dia buat salah, saya kena tegur dan saya tegur dia atas dasar kerja bukan sebab peribadi. Apabila dia dah ganggu kerja saya, jadi saya kenalah ambil tindakan.
Yang penting, bukti dah ada depan mata dan biarlah perkara ini diselesaikan dulu. Apapun, saya kini lebih berhati-hati serta selektif dalam memilih pengurus dan buat masa ini, saya dijaga oleh pengurusan MIG," ujar Intan ketika ditemui pada majlis tayangan media filem 'Aku Pilih Kamu', baru-baru ini.
"Saya memegang watak sebagai Qesha di mana watak dia penuh dengan konflik kekeluargaan. Ini merupakan kali pertama saya berlakon dalam filem romantik drama dan cabaran melakonkan watak ini adalah saya banyak bermain dengan emosi," ujarnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 'Jika Itu Takdirku' untuk TV3.

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...
Rahsia Si Genius Kini Terbongkar! Klik Sini!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan