Nuffnang

Isnin, 2 Disember 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Terpaksa Berehat Kerana Hamil - JOEY39 DOT NET

Posted: 24 Nov 2013 08:05 PM PST


" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Liyana Jasmay Terpaksa Berehat Kerana Hamil – PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014.

Walaupun mengalami alahan teruk pada awal kehamilannya, Liyana mengakui keadaannya semakin beransur pulih. Foto mStar Online

Walaupun mengalami alahan teruk pada awal kehamilannya, Liyana mengakui keadaannya semakin beransur pulih. Foto mStar Online

Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput.

"Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa,"

katanya kepada mStar Online.

Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.

Jelas Liyana, suaminya adalah orang yang paling bimbang dengan situasi itu dan sentiasa berada di sisinya apabila memerlukan.

Jom Daftar dan Dapatkan Akaun Percuma 8share Di Sini

"Saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri,"

ujarnya.

Sementara itu, Liyana mengakui dia bimbang berat badannya tidak meningkat seperti kebanyakan wanita hamil lain walaupun kandungannya semakin membesar.

Tambah Liyana, dia ada bertanyakan perkara itu kepada doktor dan berasa lega selepas diberitahu perkara itu adalah normal.

"Berat badan saya hanya bertambah dua kilogram sahaja pada peringkat ini dan saya risau kerana kebiasaannya perempuan hamil badan mereka akan meningkat.

"Saya bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada kandungan saya namun mujur doktor mengatakan keadaan saya sihat dan normal,"

katanya yang tidak kisah akan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.

kredit: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/11/25/mstar_hiburan/20131124161949&sec=mstar_hiburan
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

57 total views, 1 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan