Nuffnang

Isnin, 16 Disember 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Foto : <b>Nora Danish</b> & Nadeem Turun Bantu Mangsa Banjir - OhBulan

Posted: 15 Dec 2013 07:05 PM PST

Foto : Nora Danish & Nadeem Turun Bantu Mangsa Banjir

Hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak telah mencetuskan bencana banjir di beberapa buah tempat. Ekoran itu, rata-rata penduduk yang terlibat dalam bencana banjir mengalami kerugian dan kehilangan tempat tinggal.

Jika sebelum ini kami paparkan foto-foto penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza membantu mangsa banjir, kini tiba pula giliran pelakon comel ini untuk membantu mangsa banjir yang sedang dalam kesusahan.

Artikel Berkaitan : Foto : Dato Siti Nurhaliza Turun Bantu Mangsa Banjir

Foto : Nora Danish & Nadeem Turun Bantu Mangsa Banjir

Nora Danish bersama team Dimorian Crew

Semalam, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif telah sama-sama turun padang bersama Dimorian Crew untuk membantu mangsa banjir di Temerloh, Pahang.

Nora yang juga ditemani oleh Zarema Zainal dan Nadeem hadir dengan dua buah lori yang penuh dengan barangan keperluan asas untuk didermakan kepada mangsa banjir.

Menariknya, aktiviti membantu mangsa banjir yang tamat kira-kira jam 3.30 pagi itu ditemani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang, YB Dato' Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin.

Apa-apa pun, tahniah Nora dan Dimorian Crew kerana prihatin membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Sumber : Instagram Nora Danish

Tiada ulasan:

Catat Ulasan