Nuffnang

Sabtu, 21 Disember 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Datuk <b>Rosyam Nor</b> Enggan Jadi Tailong - Gua.com.my

Posted: 19 Dec 2013 08:00 AM PST

Pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor menjelaskan bahawa dia enggan lagi beraksi seperti watak Tailong dalam 'KL Gangster 2' ataupun mana-mana watak yang pernah dijayakan sebelum ini.

"Selepas menemui penonton dengan watak Tailong, banyak orang berharap saya akan membawa watak penuh aksi seperti dalam filem 'KL Gangster 2'. Sejujurnya, sebagai seorang pelakon, saya enggan buat semula watak yang pernah saya lakonkan. Saya mahu menjadi pelakon versatil. Saya mahu tampil dengan idea baru di setiap watak yang saya pegang," jelas Rosyam mengulas mengenai wataknya di dalam filem 'Balistik' yang sangat berbeza dengan karektornya dalam filem 'KL Gangster 2'.

Filem terbaru terbitan Rosyam, 'Balistik' bakal menjengah pawagam pada 9 Januari hadapan. Menggabungkan elemen aksi dan drama, filem ini turut menampilkan Rita Rudaini, Adi Putra, Rykarl Iskandar, Zul Ariffin dan ramai lagi.

"Dari segi pemilihan pelakon, pengarah filem ini, Silver Chung banyak menyerahkan tugas itu kepada saya. Saya memilih Rita kerana sebelum ini kami sudah banyak kali bekerjasama dan Rita cukup sesuai berganding dengan saya.

Bagi Adi pula, saya sudah mengenalinya sewaktu dia mula-mula bertapak di Malaysia. Dia juga pernah membintangi drama terbitan syarikat saya. Mereka mempunyai bakat yang besar, begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Saya pilih mereka bukan atas dasar populariti, tetapi atas dasar bakat yang mereka miliki," tutur hero filem 'Castello' ini lagi.

Sementara itu, Rosyam juga sempat mengulas tentang penglibatannya sebagai pelakon dalam 'Balistik'.Jelas lelaki ini, dia punya cara tersendiri untuk memasarkan filem terbitannya itu.
 
"Sebagai seorang pelakon, saya mempunyai impian dan cara pemasaran yang tersendiri untuk mengembangkan lagi bakat saya. Bukan untuk menjadi riak, tapi saya rasakan tiada alasan untuk saya tidak memegang watak utama dalam filem ini memandangkan saya sudah hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan ini. Lagipun, menerusi filem ini, saya ingin lari daripada kebiasaan. Filem ini berbeza daripada filem Malaysia yang lain," ujar Rosyam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan