Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Diserang Dato&#39; Terlajak Laris? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 08:03 PM PST

Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris?

Dalam pada seluruh rakyat Malaysia 'terhibur' melihat video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton di internet, tanpa disangka penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim turut terkena tempiasnya.

Alkisahnya, Rafidah atau lebih mesra disapa Fida telah diserang oleh seorang lelaki berpangkat Dato' di laman sosial.

Dato' bernama Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk kosmetik dan kesihatan D'Herbs telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Fida yang dianggap seakan memandang rendah kepada rangkaian produk Terlajak Laris miliknya.

Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris?

Selain mempertikaikan tindakan selebriti tersebut, Dato' Aliff juga seolah-olah mendakwa Fida sengaja berbuat sedemikian untuk mencari publisiti murahan.

Fida bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya turut sama memuatnaik sekeping foto dengan menjelaskan bahawa akaun yang dikatakan oleh Dato' Aliff itu bukanlah miliknya.

Difahamkan, terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama serta gambar Fida di beberapa laman sosial.

Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris?

Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya? Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato' Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim!

Tidak berapa lama kemudian, Dato' Aliff dilihat memohon maaf kepada Fida dan berharap supaya akaun palsu berkenaan dipantau agar tidak mendatangkan kesulitan di masa hadapan.

Cara <b>Fida Ibrahim</b> bertudung dikritik sesetengah pihak - Media Malaya

Posted: 17 Dec 2013 04:00 PM PST

Kami dapat rasakan semakin hari, haters Fida semakin bertambah. Baru-baru ini, dipetik daripada Portal GUA bahawa Fiza telah dikecam oleh pihak-pihak tertentu yang bertudung kerana dikatakan penampilannya itu tidak mengikut kesesuaian bagi pemakaian tudung.

"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya,"

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya,"

Sabar la Fida, ada hikmahnya kenapa anda sentiasa dikecam. Jadikan kecaman itu sebagai panduan di masa hadapan.

<b>Fida Ibrahim</b> Cemar Imej Wanita Bertudung? - Gua.com.my

Posted: 15 Dec 2013 05:55 PM PST

Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.

Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Pandu Selamat' MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.

"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.

Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi. Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan