Nuffnang

Rabu, 22 Januari 2014

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


SEJENAK - VIDEO &#39;TERLAJAK KELAKAR&#39; <b>FIDA IBRAHIM</b>

Posted: 01 Jan 2014 07:27 PM PST

Bagi yang tak tahu, baru-baru ini Fida Ibrahim mendakwa 'dianiaya' oleh seseorang yang menyamar sebagai dirinya 'mengutuk' tagline 'terlajak laris'. Semuanya gara-gara video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton yang didakwa akan 'lebih terlajak laris' berbanding produk pesaingnya.

Menyangkakan laman sosial Twitter itu milik Fida, pengasas produk kosmetik dan kesihatan D'Herbs telah melahirkan kekecewaannya terhadap Fida. Iyalah... orang susah payah buat 'terlajak laris' tiba-tiba ada yang sindir 'bakal tak laris'... mahu tak terbakar!

Muka Fida yang meniru aksi katak kembung di videonya.

"Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya? Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato' Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim!" jelas Fida dengan nada kesal.

Jadi mungkin untuk meredakan suasana yang panas, Fida telah memuat naik dua buah video di laman sosialnya yang sah. Namun tidak dapat dipastikan ia ditujukan pada yang 'terbabas laris' atau pada 'sidia' yang pernah 'menolak ke tepi' cintanya. Ahak!

Salah faham di laman sosial - klik untuk baca..

VIDEO KLIP FIDA:

video

Macam cantik jerr... macam terlajak laris jerr.. Heh.

video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan