Nuffnang

Rabu, 22 Januari 2014

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Majlis Resepsi <b>Fizo Omar</b> Dibanjiri 15,000 Jemputan - Cerita Semasa

Posted: 29 Dec 2013 06:34 AM PST

Majlis resepsi perkahwinan pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo, 28, dan Mawar Abdul Karim yang diadakan di kediaman keluarga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising di sini semalam meriah apabila dibanjiri lebih 15,000 jemputan dengan diserikan konsep taman bunga.

majlis resepsi fizo omar meriah
Mawar, 24, bersama ibu bapa serta 40 anggota keluarganya dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang diiringi 100 penunggang motosikal berkuasa besar tiba di pekarangan rumah keluarga pelakon utama
filem Cinderella itu pada pukul 12 tengah hari.

Kedua-dua mempelai itu kemudiannya disajikan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok, persembahan seni silat dan dikir barat sebelum disandingkan di pelamin.

Fizo ketika ditemui pada majlis itu berkata, sebanyak 10 ekor lembu dan 3 ekor kambing ditumbangkan, selain 1,000 kilogram ayam disediakan bagi meraikan tetamu. Burger bakar juga disediakan di dua gerai 'Hot Burger' milik syarikatnya turut diberikan secara percuma kepada pemiat yang hadir.

"Kenduri kesyukuran ini adalah sebahagian simbolik rasa kasih dan penghormatan saya kepada peminat yang banyak memberi sokongan," katanya.

Pasangan tersebut bernikah pada 10 November lalu di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor.

Anda mungkin juga Meminati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan