Nuffnang

Jumaat, 17 Januari 2014

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jan 2014 01:41 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Dec 2013 01:40 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 01:27 PM PST


Sofea kembali dalam Konsert Di Hatiku 13 Mac depan <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 07:53 PM PST


SHAH ALAM - Berita baik buat peminat lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan - kumpulan yang mempopularkan ketiga-tiga lagu berkenaan, Sofea akan membuat penampilan kembali pada 13 Mac ini.

Kumpulan yang juga dikenali dengan nama SYJ itu akan berganding dengan kumpulan Jinbara dan Bunkface untuk membuat persembahan dalam Konsert Di Hatiku yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA UiTM, Shah Alam pada tarikh tersebut.

Konsert yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM tersebut merupakan satu usaha menggabungkan bakat dari tiga era berlainan bagi memenuhi selera peminat muzik tanahair.

Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas lebih 100 pelajar fakulti tersebut.

"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket berkenaan mula dijual dua hari lepas.

Katanya, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8, Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.

Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805. - KOSMO! Online

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Nov 2013 01:18 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2013 01:34 PM PST


photo terkini <b>kumpulan jinbara</b>-latihan muzik - Media Shah Alam

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Home » » PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala  Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan,

Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam"

Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2012 01:29 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2012 01:48 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2012 05:56 PM PDT


ROCKERS – Lagenda Heavy Metal Melayu

Posted: 20 Mar 2012 05:45 PM PDT

1. Tak taulah berapa ramai yang kenal dengan kugiran metal / hard rock yang berasal dari Pulau Singa ni. Zaman kegemilangan diorang, walaupun telah berlalu, tetapi tetap meninggalkan seribu kenangan manis kepada mereka yang pernah membesar dengan kumpulan ROCKERS.

2. Kumpulan ROCKERS, ramai yang tak kenal. Tapi bagi mereka yang kenal, pasti tak dapat nak lupakan sebab diorang ada "attitude". Zaman kegemilangan irama Rock dulu sekitar hujung tahun 80-an dan awal 90-an, memang ada ramai kugiran tapi tak ramai yang ada "attitude" macam kumpulan ROCKERS.

3. Aku ingat lagi, masa aku sekolah rendah sekitar darjah 6 tahun 1988, aku selalu dengar lagu "Memori", "Kekejaman", "Zaileha" dan "Kenangan Cinta Pertama" dari radio Singapura 94.2 FM. Aku zaman kecik-kecik dulu duduk kat Batu Pahat, Johor, memang selalu sangat layan radio dan tv Singapura.

4. Saat anak-anak muda lain yang seangkatan dengan aku mengalunkan bait-bait lirik dari "Intanku… Kesepian" oleh Wings, aku lebih suka menjerit "KEKEJAMAN! Manusia… Ooo… Ooo… Ooo… Ooo…" Memang aku kejam masa tuh! Wahahahaha!

5. Aku membesar dengan lagu-lagu kumpulan ROCKERS. Baik lagu yang meleleh… Mahupun yang keras… Album pertama diorang "Kekejaman" yang dirilis sekitar tahun 1988, memang sarat dengan lagu-lagu yang sukar ditandingi kekuatannya sampai sekarang. Susunan melodi, permainan instrumen muzik yang mantap, lirik yang mendatangkan kesan, dan tak lupa, variasi vokal Brader Joe aka Johan yang aku tabik sangat sampai sekarang. Vokal dia memang fleksibel. Boleh jadi lembut dan mendayu-dayu kalau bawak lagu jiwang, dan boleh jadi kasar dan bersemangat kalau bawak lagu ganaz! Solo gitar? Tak payah cakap laaa… Memang membunuh habis dalam album ni. Lagu yang paling unik ialah lagu "Zaileha". Lama sebelum kumpulan JINBARA bawak lagu-lagu rock melayu berunsurkan muzik padang pasir, kumpulan ROCKERS dah masukkan melodi padang pasir dalam lagu rock "Zaileha" diorang wooo…

6. Tahun 1989, kumpulan ROCKERS terus mengganaz dengan album kedua diorang bertajuk "Harakah". Nah… album kali ini lebih keras dan lebih pejal batunya (rock). Sudah mula ada lebih banyak unsur-unsur pengaruh Iron Maiden, Loudness dan kugiran-kugiran metal serta hard rock dunia lain di dalam bait-bait lagu ROCKERS dan ini menguatkan lagi landasan yang diorang buat. Lagu-lagu yang menjadi siulan macam "Harakah", "Kesedaran", "Terguris Kelukaan" dan "Rayuan Syaitan". Produksi yang dimasukkan dalam album "Harakah" agak berbeza berbanding album "Kekejaman". Bunyi yang keluar dari album "Harakah" agak lebih mentah (raw) dan menonjolkan jati rock yang sebenar! Zaman tu memang tak sah nak dengar lagu tanpa dengar album ni dulu. Aku ingat lagi aku sanggup pergi bandar Batu Pahat naik bas semata-mata nak beli keset tape original album "Harakah"… Hahaha!!! Seperti biasa, gabungan permainan instrumen muzik yang menonjolkan kepakaran masing-masing serta vokal unik Brader Joe membuatkan album "Harakah" sebagai salah sebuah album "hard-rock" melayu yang paling keras aku pernah dengar.

7. Tahun 1990. ROCKERS meneruskan serangan dengan sebuah album yang aku anggap adalah Magnum Opus diorang. Album ni boleh aku katakan sebagai masterpiece kumpulan ROCKERS sebab terlalu banyak pencapaian yang diorang buat. Susunan lagu bertambah matang, skil permainan instrumen muzik diorang dah sampai ketahap dewa. Vokal Brader Joe dah sukar untuk ditandingi… Dan paling penting, pada pendapat aku, produksi yang mantap. Betul beb!!! Kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh album ini memang payah nak ditandingi oleh mana-mana kugiran rock/metal Melayu baik dari Malaysia, Singapura, mahupun Indonesia. Aku anggap ini adalah satu pencapaian paling membanggakan untuk sebuah kugiran rock / heavy metal Melayu yang boleh mengeluarkan sebuah album berkualiti sebegini. Kematangan susunan lagu, serta penulisan lirik yang menyentuh isu-isu yang bertaraf global, serta kejituan halatuju album ni, memang gerek… Semua lagu dalam album ni memiliki kekuatan yang tersendiri dan seolah-olah menjadi bahagian-bahagian penting untuk membentuk satu album yang mantap. Dan dizaman kegemilangan album ini jugak kumpulan ROCKERS semakin dikenali sampaikan pernah memasuki TV3 menerusi rancangan Muzik-muzik, mempertandingkan lagu "Ilusi Mimpi". Inilah sebuah album "Heavy Metal" melayu paling berat aku pernah dengar. Inilah "Andalusia"…

8. ROCKERS tukar nama jadi ROCKERZ pada tahun 1991 disebabkan krisis yang melanda. Sempat melahirkan satu album berjudul "Dukun" tetapi dengan vokalis berbeza. Kualiti produksi amat menyedihkan… Walaupun lagu-lagu yang dirakamkan memiliki ciri-ciri rock kental yang menjadi identiti ROCKERS, tapi mereka tidak mampu untuk menahan zaman kejatuhan diorang. Biarlah kisah-kisah itu terkubur dan menjadi kenangan buat mereka yang pernah merasainya.

9. Memanglah banyak kugiran-kugiran melayu rock yang muncul zaman tu terutamanya dari Malaysia dan Singapura. Tapi yang bestnya, kugiran dari Singapura mesti secara keseluruhannya, boleh dikatakan, lebih berkualiti dari kugiran-kugiran yang berasal dari Malaysia. Cuba tengok Sweet Charity, tengok Black Dog Bone, Rusty Blade, dan ROCKERS. Kan?

10. Inilah antara kugiran Melayu aku paling minat dan tabik. R.O.K.E.R… ROCKERS!!! :-P

Antara sumber rujukan :
- Kenangan sendiri
- http://cicaktonjeng.blogspot.com/2010/05/rockers-tetap-unggul.html

@asrialbaker

you may also like:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan