Nuffnang

Isnin, 20 Januari 2014

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


<b>Mila Jirin</b> Nafi Ditaja Kereta Mewah | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 19 Jan 2014 07:46 PM PST

Mila Jirin Nafi Ditaja Kereta Mewah

Secara jujurnya, Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyarmilla binti Jirin agak jarang menjadi perhatian media. Cuma sekali dua sahaja cerita mengenai kisah cintanya bersama seorang usahawan diperkatakan sejak awal tahun lalu.

Selain daripada itu, ada juga kisah-kisah tidak enak yang mengatakan kehidupan Mila mendapat tajaan daripada seseorang daripada golongan VIP.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Mila berjaya membeli sebuah kereta mewah berjenama BMW baru-baru ini.

Penyanyi yang semakin aktif di dalam bidang lakonan ini telah berkongsi foto kereta barunya itu di laman sosial berserta caption tegas yang menafikan dirinya ditaja.

Mila Jirin Nafi Ditaja Kereta Mewah

Mungkin bagi sesetengah orang kemampuan Mila untuk memiliki aset mewah bagaikan mustahil untuk terjadi memandangkan aktiviti nyanyiannya juga semakin berkurang.

Namun kalau anda nak tahu, Mila sekarang ini sedang mengusahakan dua buah perniagaan termasuklah perusahaan Restoran Embun Urai yang terletak di Puchong.

Mila juga akan kembali muncul di layar perak menerusi filem terbaru lakonannya berjudul Kami Histeria yang bakal menemui peminat pada 6 Februari 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan